Pages

December 15, 2012

Kisahku.

Tersenyum sendiri mengingat kenangan2 lalu.. Mula di saat2 tadika dulu.. masuk darjah satu.. kenangan dengan rakan2 sekolah rendah.. masa zaman kanak2 yg hidup di kampung.. aktiviti main2 permainan-permainan yang sekarang hampir lupus ditelan zaman.. diganti degn permainan elektronik.. yang membuatkan kanak2 zaman sekarang kurang aktif.. 

masa bersilih ganti... bermulalah era remaja apabila masuk ke sekolah menengah.. kenangan di sekolah agama Al-khairiah tak cukup 100 muka surat untuk menceritakannya.. pelbagai kenangan dicalit suka dan duka dikongsi bersama rakan seperjuangan.. pelbagai perkara baru yang didapati dalam menempuh era remaja yang penuh cabaran dan pengaruh.. melihat perubahan diri dan rakan seperjuangan .. yang membentuk diri sekarang.. 

Namun, perubahan sebenar apabila selepas alam persekolahan.. disini mereka memilih haluan masing2.. ada yang sambung belajar.. ada yang bekerja.. ada yang menganggur.. saya?? niat asal menyambung bidang agama (STAM) di kulliah lughah waddin terhenti sekerat jalan.. namun 5 bulan di sana memang mewujudkan detik2 dan kenangan2 tersendiri.. dan disini juga bermula kehidupan berjauhan dari keluarga.. di sini bnyak perkara baru, rakan2 baru dan pengalaman baru.. 

Siapalah kita nak menolak ketentuan Allah.. berat hati meninggalkan kuliah, selepas memilih untuk melanjutkan pengajian ke bidang Syariah Ekonomi dan perbankan Islam program berkembar Kolej IKIP_Universiti Yarmouk. Keputusan dibuat sehari sebelum tarikh daftar untuk kurusus Bahasa Arab persedian Ke Timur tengah...setelah beristikhoroh dan menerima pandangan keluarga dan rakan2.. Malam tersebut terus balik kuliah kemas barang dan keesokkannya mendaftarkan diri.. 

Larilah kehidupan ku dari alam persekolahan beralih ke alam prauniversiti. Kursus Intensif Bahasa Arab (KIBA) dilakukan di Cherating Bay Resort, Kuantan, selama 4 bulan.. Di sini ramai kenalan baru dari seluruh negara yang akan melanjutkan pengajian ke Timur Tengah. Dan disini juga pelbagai memori yang tercatit indah telah dilakar bersama rakan2.. Di sini juga perubahan dan transformasi diri dalam pertuturan Bahasa Arab. Keberanian bersuara di khalayak.. Kekretifan mencari idea lakonan. Semangat berkumpulan dan sebagainya. Di sinilah permulaan yang mana 10 tahun akan datang mereka2 yang balik ke malaysia adalah seorang doktor, ustaz, pegawai2 bank, pengarah syarikat, pensyarah, pendidik, penceramah, penasihat syariah, peguam dan sebagainya. InsyaAllah.. 

Habis Kursus bahasa, tempat saya adalah di Kolej IKIP. Disini ukhuwah bersama rakan2 di Kiba yang mengikuti perogram berkembar IKIP-Yarmouk dilanjutkan.. disamping kenalan2 baru bertambah.. Di sini perubahan  ke alam yang lebih matang. Di dini kami belajar mengenal dunia IPT yang sebenar... kami didedahkan dengan menyertai program samaada taraf mahasiswa mahupun taraf antarabangsa. Kami dilatih membuat program2 sama ada kecil ataupun besar. Keberuntungannya ialah kami merasai pengalaman belajar di IPT di Malaysia. dan dapat pengalaman belajar diluar negara.

Selepas 2 tahu pengajian di IKIP, bermulalah kehidupan kami di negara orang. bermulalah kehidupanku berjauhan dengan keluarga.. di sini rakan2 menjadi keluarga. susah senang suka duka kami bersama. Ukhuwah yang dulu terbina di KIBA terjalin erat dan berharap akan kekal erat selama2nya InsyaAllah.. Pelbagai pengalaman baru.. yang didapati di sini. Suasana baru. dan yang akan di lalui selama keberadaan kami di sini.. akan dicatat 1001 pengalaman yang akan dibekalkan untuk masa hadapan. Sekiranya Umur panjang. 

Inilah cerita Pengalananku.. Inilah kisahku. Inilah hidupku. Setiap yang berikut akan kucatit indah dalam memori hidupku.. 

~tetibe je nak citer pngalaman.. hehe..

December 2, 2012

Komuniti Sosial

Assalamualaikum..


Hari ini terpanggil untuk menulis setelah ditinggalkan beberapa hari. Laman sosial dan alam amya sekarang ini menjadi medium pengantara untuk merapatkan ukhuwah yang jauh dapat didekatkan. kita semua sebagai satu komuniti baru yang dihubungkan hanya dengan teknologi.

Ia boleh diibaratkan kita bercakap di atas pentas. cuma bezanya kita bercakap ada orang dengar. Dan dalam alam maya kita tulis ada orang baca. Dengar atau baca =maklumat sampai. walaupun cara berbeza tetapi ia satu cara yang sama untuk berkomunikasi.

Jadi sama ada kita bercakap di hadapan orang ramai atau menulis di laman maya. Ia boleh didengar dan dibaca oleh ramai orang.. kalau kita tulis. "sayang I love you". samalah kita cakap dihadapan orang ramai :"sayang I love You" Tak rase janggal ke?? melainkan kita orang yang betul2 gentle dan tak tahu malu.

Kalau kita post gambar-gambar mata bulat, pipi kembang dan sebagainya di alam maya. Kenapa keluar rumah tak buat macam tu?? bukan ke sama je?? tak tomeyy ke?? tomeyy tangat tangat..

Apa salahnya kalau post benda2 yang datang faedah kat kita dan orang lain. Walaupun kecik jasa kita tu, tapi pahalanya berganda apabila ada yang membacanya..

~taktahutulisapanimatadahngangtuk

November 7, 2012

Sah ke solat?

Assalamualaikum..

Sah ke solat?? kenapa? haaa.. hari ni sya nak kongsi sikit tentang aurat. kalau dulu saya pernah tulis aurat perempuan. Hari ni kita cerita bab lelaki pulak, bukan apa, Ironinya, zaman sekarang ramai remaja lelaki (kadang yang berumur pun ada gak) pakai baju singkat. khususnya Arab Jordan ni, tapi budak melayu ada juga yng pakai macm ni.

kalau ikutkan memang tutup aurat, tapi masa sembahyang terutamanya sujud. akan nampak la aurat apabila baju bahagian belakang terangkat. kalau da terbuka aurat tu (bawah pusat), SAH KE SOLAT??

Mungkin diorang ada mazhabnya lain saya tak tahu la. tapi mostly ramai la yng macam ni, tengah2 sembahyang @ masa bangkit dari sujud diorang masukkan baju bahagian belakang ke dalam seluar. bangun rakaat kedua pun buat benda yang sama. sampai habis. kalau kira pergerakan dalam mazhab syafie dah kira lebih 3 kali.

Walaubagaimanapun, ramai yang ada solution sendiri, ramai yang pakai singlet labuh masuk dalam seluar. even baju terangkat sekalipun masih ada cover baju singlet tu. ada jugak naik kan seluar keatas pusat sebelum sembhyang. jadi kalau baju terangkat pun still lagi atas pusat. dsbgnya.

tapi pujian tetp diberikan. even macam tu pun, kebanyakkannya melakukan solat sunat rawatib sebelum dan selepas.

Harap selepas ni ramai lah tak melakukan kesilapan yang mungkin terlepas pandang oleh sesetengah orang.

sekian..

~huruf A kena tekan kuat2, kalau tekan perlahan tak keluar huruf A nya.


November 6, 2012

Ujian

Salam.. Apa citer iman hari ni? Makin bertambah?? Berkurang?? @ sama?? Harap2.. Iman kita akan bertambah dari hari ke hari. InsyaAllah.
Hari ni.. Saya curi masa sikit nak tulis pasal ujian.. Ya ujian.. Tapi bukan ujian peperiksaan tu.. Tapi ujian kehidupan..
Kadang Allah uji kita dengan kenikmatan Allah uji juga penderitaan.
Kadang Allah uji dengan kekayaan,Allah uji juga dengan kemiskinan.
Kadang Allah uji dengan kegembiraan, Allah uji juga dengan kesedihan.
Kadang Allah uji dengan kejayaan, Allah akan uji juga kegagalan.
Kadang Allah uji dengan keupayaan,tak lupa juga kelemahan.
Allah sentiasa akan memberi ujian. Dan Allah sememangnya berhak menguji.. Kita juga harus berhak menerimanya.. Diuji sejauh mana kepercayaan kita padaNya. Atau sejauhmana kita lupakanNya..
Walau sebesar mana ujian yang kita hadapi, berdoalah agar kita mampu menghadapinya.. Allah Maha Penyayang. Dia akan menyayangi hamba yang menyayanginya.
Assalamualaikum..

November 5, 2012

Budaya...

Assalamualaikum.. Dah lama x update. Sejak sampai Jordan ni. Macam2 saya dapat pengalaman baru juga macam2 benda baru yang tidak dapat masa di malaysia dulu.. Namun.. X berkesempatan nak tulis..

Hari ni, saya nak tulis tentang budaya. Sejak saya datang, satu budaya pelajar malaysia yang sangat saya tertarik ialah senyum salam sapa.

Even, kita tak kenal @ tak pernah jumpa sekalipon sebelum ni, tetap bagi salam kalau selisih dengan student melayu. Kalau dari jauh, just senyum. Plus kalau selisih tepi betul2, boleh la senyum salam n sapa.

Kalau selisih dengan arab sekalipun xde masalah untuk bagi salam. Sebab memang budaya dah kat sini.
Harap kat malaysia, kita boleh amalkan budaya yang baik ni.

Cuba kita bayangkan kalau sehari kita beri @ salam da berapa da pahala kita dapat. Bukan sahaja pahala. Malah doa "kesejahteraan keats kamu dan rahmat Allah" banyak kali orang doakan kita. Sangatlah beruntungnya. Disamping itu dpat pulak pahala mengamalkan sunah Rasulullah.

Jadi.. Benda yang baik ni eloklah sekiranya kita amalkan di Malaysia. Banyak kebaikannya. Salam.
~ayat skema sikit ye..

June 24, 2012

posssss

Assalamualaikum..

entry kali ni saya nak ulas berikutan status fb saya baru ni.. 

ok pipi kmbangkan lagi..
erm.. mata bulatkan.. ok. 
cuba kenyitkan pulak.. cantekkk..
mulut tu muncungkan.. .. lagi.. lagi.. ok. . 
apa jadi??? cantik ke buruk??
pp da elok kempis pegi kembangkan.. mata da elok .. nak dbulatkanlah dikenyitkanlah.. mulut da elok nak pegi muncungkan.. ap ke benda ni..!! cuba kalau ALLAH tarik nikmat mata.. boleh nak bulat2 kan lg?? nk kenyit2kan lagi?? 
mulut.. kalau ALLAH bengkakkan.. macam mana.. cantikk x?? dan semualah. kalau Allah tarik nikmat tu macam mana?? bersyukurlah apa yang ada.. lagi bagus kalau tak tayang muka kat orang.. kan senang.. x payah nak kembung2kan.. tak payah nak kenyit2kan.. dan x payah nak itu nak ini.. orang yang kenal jadi tak kenal tengok muka cam tu.. :) peringatn untuk diri ;;; 

muka dah lawa.. xpayah nak ubah.. nak poss camtu wat apa yerkk?? mungkin mereka ada jawapan sendiri.. tapi bagi saya.. memang tak lah.. orang yang cantik itu menjaga rupa parasnya dari tontonan umum.. ini yang dinamakan cantik.. 

marilah kita ubah sekarang.. masih belum terlambat nak delete gambar2 tu.. sebelum lebih ramai orang share.. (kalau ada) dan sebelum lebih ramai orang like.. .. kalau la gambar tu bukak aurat.. lagi la parahnya.. 

mari ambil peluang ini untuk delete.. cepat.. buka balik photo album kita tu.. check it.. tinggalkan gambar yang betul2 tutup aurat dan biasa sahaja.. atau x payah nak tinggalkan langsung.. its simple.. kalau letih nak check satu-satu.. (maklumlah pic sampai beratus-ratus) terus je delete album. haha .. abis cter,

makin lama makin mengarut plak saya tulis.. tp.. the point is.. peringatan.. 

SALAM..


June 13, 2012

benci..

Apabila kita membenci seseorang itu, kita akan rasa sakit hati kalau melihat dia.

ok. mungkin ramai yang mengalami masalah seperti ini. tapi macam mana nak buat.??
cuba bayangkan kebaikan orang yang kita benci itu. takkan tiada stu pun kebaikkan dia.?? mesti ada.. cuba pujuk hati, "dia ni dulu pernah tolong aku sekian dan sekian. takkanlah aku nak benci dia" cuba bermonolog dalam hati. 

Ingat !! semasa kita marah, syaitan sangat suka, dia akan menghasut kita supaya lebih membenci orang tersebut agar perjalinan terputus. oleh itu jangan terlalu ikut emosi. perbanyakkan istighfar. sekiranya kebencian tersebut sangat-sangat mendalam. maka, jauhkan diri dari melihat dirinya. pergi ke suatu tempat yang tenang. jangaan cerita kepada orang lain tentang kebenciaan tersebut, kerana ia akan menambah dosa sahaja. cari ketenangan. kalaum perlu solat baca Quran. kalau malas, tidur.

Mungkin hari itu bukan masa yang sesuai. jadi redakan dulu kebencian. pujuk hati sendiri. jangan bertindak bukan-bukan, jangan berdendam. banyakkan bersabar.. kerana Allah pasti bersama dengan orang-orang yang sabar.. 

Assalamualaikum...

June 10, 2012

macam-macam

Persengketaan.. memang banyak berlaku. di mana-mana sahaja. Hatta di kampung sekalipun..

Lupakanlah persengketaan dahulu.. mulakan hidup yang baru. umur pun bukannya muda lagi.. hidup kita ni tak lama mak cik - mak cik sekalian. 

Macam macam perangai orang-orang kampung ni. berbalah sana. berbalah sini. mendengki sana, mendengki sini. mengata sana, mengata sini. hakikatnya, inilah yang terjadi. sengketa lama usah diungkit. kalau diungkit, inilah jadinya.. bila jumpa, masam-masam muka. tidak bertegur sapa. huhh.

pening memikirkn masyarakat kampung ... ni. usia sudahlah tidak muda, tapi perangai mengalahkan orang muda.. erm.. macam mana nak tegur ni.. kalau tegur direct, nanti cakap kita ni siapa nak tegur-tegur orang. Persepsi orang-orang tua memang lain kalau kita tegur mereka. mereka sukar untuk menerimanya (not all) .egonya tinggi.. 

macam mana nak tegur erk. pening da memikirkannya. tegur pakai hati je la.. lemahnya iman. T,T.. Last-last tegur kat blog jer.. memang mereka takkan baca la.. tetapi sekurang-kurangnya orang yang membaca ini dapat ambik pengajaran. 

maaf atas segala luahan dari insan yang lemah ini.. 

p/s.. tak menspesifikkan kampung apa..

June 4, 2012

tak tau nak bagi tajuk apa..

salam...

hari ni saya nak tulis tentang muamalah kita dengan lain jantina.. ermm.. muamalah kita dengan yang bukan mahram.. macam mana ?? kita selalu bermesej-mesejan, bertelefon, berchat (dan macam2 ber lagi lah) dengan bkan mahram kita..

Perlu ker?? menurut jawapan salah seorang us yang saya tanya, kalau benda penting, x salah.. cth bab kerja ker, bab persatuan ker, bab pelajaran ker.. (dan bab yang sekutu dengannya).. ia dibenarkan, asal x melampaui batas-batsas syarak..

tapi, kalau bab yang selain daripada itu, baik tak payah.. banyak lagi benda lain kita boleh buat.. nak berborak.. takkan kawan-kawan sejantina takde..

cuba kita fikirkan, emak kat rumah pon kita jarang telefon, kalau dengan bukan mahram, pagi petang siang malam x henti tak pe..baik la tepon mak kat rumah.. boleh menghilangkan rindu.. da abis tepon mak.. tepon adik beradik yang lain kalau nak dengar sangat suara lain jantina dengan kita..

sekian.. sekadar menulis untuk peringatan diri.. tidak dikhususkan kepada sesiapa2..

May 2, 2012

Egokah aku??

Assalamualaikum..

Salah seorang pensyarah baru-baru ini ada berkongsi satu perkara yang saya rasa sangat berharga. untuk jadikan pedoman diri kita.

Apa dia??

ha... Macam mana nak tahu diri kita ini ego atau sombong???


1- apabila dia tahu kebenaran, dia enggan terima kebenaran tersebut.
2- dia rasa diri dia lebih dari orang lain.

Kadang-kadang kita tak perasan yang rupa-rupanya diri kita ni. sombong, ego, bongkak, takabbur dan sifat yang sekutu dengannya. Jadi dengan cara di atas kita dapat mengenal pasti diri kita yang sebenar. Kalau kita tergolong dalam kalangan itu. cepat-cepat la berubah.. jauhkan sifat tersebut dari kita sejauh-jauhnya..

Orang yang sombong ni sebenarnya bodoh. apa yang dia hendak disombongkan?? ilmu yang dia ada lebih dari  orang lain?? TAKKKK>> Ilmu kita ini sebenarnya umpama setitis air di lautan. Sedar tak kita?? Kalau ilmu kita lebih kenapa setiap kali ujian atau peperiksaan ada soklan yang salah??

Sombong dengan harta yang dia ada???
TAKKK>>> Harta kita itu hanya singgah sebentar kepada kita. Ianya akan jadi milik orang lain.. Sedarlah.

Sombong dengan pangkat yang dia ada???
TAKKKK>>>Apa sangat pangkat kita nak disombongkan. setakat ceo syarikat, tak payahlah?? pernah kita ke masjid?? CEO syarikatkah yang berkhutbah atas mimbar??

Sudahlah.. mari kita renung kembali.. Semua yang ada semuanya pinjaman dari ALLAh untuk kita. Kita datang dengan tangan kosong dan akan kembali hanya dengan balutan kain kafan. Itu sahaja.. kalau bekalan amal kita tidak cari di dunia ini, Jangan harap kita boleh SELAMAT di akhirat kelak kecuali dengan rahmat ALLAH!!..

Maaf atas kekhilafan.. ASSALAMUALAIKUM>>>



May 1, 2012

setulus kasih

Baru-baru ini kami pergi ke rumah untuk anak-anak sindrom down. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Saya sangat bersyukur kerana saya antara orang-orang yang ALLAH pilih untuk bersama mereka walaupun sebentar.

Semasa kami sampai, kami disambut baik oleh penjaga-penjaga rumah tersebut. Kami dijemput masuk. Pada jam pertama kami hanya memerhati gelagat mereka yang sememangnya berbeza antara satu sama lain. Setiap pagi mereka akan melakukan riadah. memusingkan badan dan sebagainya.

Pada mulanya kami agak takut untuk menghampiri mereka, kerana apabila melihat mereka badan besar dan ada yang umur yang lebih tua dari kami. Tetapi,,,, apabila kami cuba merapati mereka, rupa-rupanya meraka sangat sporting. cuma kita perlu melayan sahaja apa yang mereka cakap.

Dari pagi sampai tengahari, macam-macam game dan aktiviti yang dijalankan. kami sangat gembira kerana melihat mereka gembira. Merka bergelak ketawa riang gembira.

Bermulalah ukhuwah kami dengan mereka pada pagi itu. Saya harap ukhuwah kami akan berkekalan hingga ke akhir hayat setulus kasih mereka untuk kami, begitu juga kasih kami kepada mereka.

Semalam saya dapat panggilan daripada salah seorang disana, dia kata, kenapa hari ini abang tak datang?? seronok semalam bila abang datang!!

InsyaAllah, nanti kami datang lagi.!!!

April 27, 2012

Syiriiiikkkkkk

Assalamualaikum...

Hari ini saya akan sentuh bab syirik.kenapa tiba-tiba saya nak sentuh bab syirik?? sebenarnya pai tadi ada pementasan bagi subjek BI.. Kumpulan saya melakonkan watak korporat + Bomoh +cinta terhalang dan juga hantu.. kami sengaja menggabungkan elemen-elemen yang selalu dimainkan dalam drama dan filem-filem melayu..

Mengenai bab syirik, Dalam part bomoh tu.. sememangnya kita tahu syirik itu kezaliman yang amat besar seperti dalam surah Lukman. Syirik terbahagi kepada dua. syirik besar. dan syirik kecil. syirik besar mempersekutu kan ALLAH dengan yang lain. Seperti mempercayai bomoh itu, syirik besar.. kita pergi mintak bantuan kat momoh kenapa?? Allah kan ada. Kenapa tak minta bantuan kat Allah. atau kita tak Yakin dengan Kuasa ALLAH?

Kalau lita minta bantuan kat bomoh.. Bomoh minta bantuan kat jin dan syaitan. jadinya.. kita minta bantuan kat jin dan  syaitan la.. ish.. MUSUH utama kita kita minta tolong.. Sememangnya ALLAH telah Tetapkan NERAKA bagi SYAITAN.. tetapi kita tetap nak ikut juga mereka ke neraka, kenapa??

Walau seteruk mana pun kita, jangan sesekali minta bantuan kepada syaitan!!

JANGAN!!!!
JANGAN!!!!
JANGAN!!!!

MINTA dengan ALLAH. Allah maha segala-galanya.. MAHA MEMBERI REZEKI.MAHA MELIHAT MAHA MENGETAHUI. Kenap kita masih minta kepada syaitan ?? yangs eolah-olah menempah tiket ke NERAKA>>

Ayuh sama-sama kita fikirka.. Bangunlah INSAN.. PERJUANGKAN ISLAM YANG SEBENAR!!!!!!


April 24, 2012

Kesalahfahaman

Artikel minggu ini, saya ingin kongsikan ialah kesalahfahaman akan menimbulkan persengketaan. Apabila adanya salahfaham antara kita, cepat-cepatlah betulkan. Jangan buat tindakan sendiri. selidik dulu. kalau boleh tanya.

sebab kalau ia dibiarkan, ia akan membarah dalam hati. hubungan yang terbina juga akan terpututs dengan kesalahfahaman ini, terutama suami isteri yang ada dalam dirinya sifat ketidakpercayaan kepada pasangan mereka. Begitu juga dalam institusi kekeluargaan. Sebenarnya, kesalahfahaman ini sangat bahaya. Ia boleh membawa kepada kes-kes jenayah seperti pembunuhan dan sebagainya.

kebanyakan mereka yang mempercaya satu pihak sahaja terus membuat spekulasi yang bukan-bukan.Jangan tergesa!!! selidik dulu la. kalau betul baru ambik tindakan ataupun duduk berbincang elok-elok. kalau salah.. abaikan aje khabar angin tu.. ia tidak bermanfaat langsung kepada kita.

Sekian untuk hari ini.. ASSALAMUALAIKUM.



April 22, 2012

Bergaya..

Baru-baru ni saya pergi Grand Dinner SOIS students. Biasalah dinner, mesti ada temanya.. Untuk malam itu, temanya ialah Arabian Corporate..

 Alhamdulillah, majlis berjalan lancar.. cuma yang x sedapnya.. (maaf kepada pihak penganjur) bukan makanan.. bukan tempat.. tapi, pakaian sebahagian dari peserta wanita..

Nak BERGAYA ikut tema boleh.. cuma Aurat dan syariat tetap diutamakan.. nak-nak pulak kita bawak JENAMA SOIS..

harap-harap lepas ni pihak penganjur lebih prihatin terhadap perkara-perkara sebegini, walaupun kecil.. tapi dosa tetap dosa.. dosa x boleh dikurangkan dengan alasan mengikut tema..

Tapi yang penting, saya nak ucapkan tahniah atas penganjurannya.. tahniah kerana berjaya!! tahniah.. tahniah.. tahniah!! Terima kasih kerana menjemput.. Moga rahmat Allah bersam kita..

April 20, 2012

Prihatin.

Baru-baru ni, ada majlis tahlil Di-Raja yang dibuat di Masjid Sultan Haji Ahmad Syah, Pekan Pahang. Tentang Majlis tersebut tiada apa-apa. berjalan lancar. Cuma yang ada apa-apa Pemandu bas yang buat pasal. Janji ambil dekat hostel pukul 6.30 petang. Tapi datang ambil lambat. bertolak pun lambat.

Yang buat kami semua marah. bukan sebab lambat tu. tapi sebab tak berhenti solat maghrib.!! PRIHATIN lah sikit!!! Kamu menanggung dosa-dosa kami semua yang telah meninggalkan solat maghrib ketika itu!!! SEMUA!!.. YA semua!!! bukan sikit ya!!

Bukannya kami tak suruh berhenti solat.. Tapi dirver tu kata"awak nak pegi masjid ini ke masjid kat pekan tu?? kalo masjid ni, kita pergi masjid ni saje lah.. tak payah pergi masjid kat pekan tu.."

Kami tak kisah.. Asalkan janji dengan Allah tertunai. biarlah janji dengan sultan dilepaskan.. Tapi driver tu terus jer buat muka selamba pergi ke masjid tersebut.. Walaupon kami dah kata kami nak pergi masjid yg berdekatan sahaja.

Alasannya apa?? "kalau tak pergi masjid pekan tu, siapa nak tanggungjawab.??" Kami cakap kami akan bertanggungjawab.. tapi, dia tetap jugak teruskan perjalanan.. lebih kurang 4-5 masjid tepi jalan terlepas begitu sahaja..

Nak buat jamak, tak cukup KM. Nak buat macam mana lagi??? Sekadar menghormat waktu la.. Sampai di masjid, kami terus berlari-lari untuk mengejar waktu yang bila-bila masa sahaja azan akan berkumandang.. Semasa nak angkat takbir, "Allahu Akbarullahu Akbar". Dengan rasa panas hati yang masih berbahang. kami akur.. Selepas solat isyak kami terus sembahyang kadho' Maghrib.

Sayang seribu kali sayang.... Akal yang Allah berikan.. dia tak gunakan ke arah kewarasan. baginya.. tanggungjawab dengan pihak atasan lebih \penting dari tanggungjawab dengan Allah.. Allahummaghfir lana... Ya ALLAH..

Nak katakan menyesal pun ada jugak.. menyesal pergi.. Tahlil terlepas sembahyang tinggal.. nasib baik makanan ada. Tapi kadho; dan kadar Allah telah menentukan segalanya.. Kami yang dipilihnya. Kami jugalah yang terima. Redho' ALLAH kami harapkan. keampunanNya kami pinta atas kekhilafan diri kami yang lemah ini.. Allah bukakan hati-hati kami dan mereka yang masih lagi keras dan susah mengingatiMU..

Luahan rasa amee abuhanifah.

March 30, 2012

fesyen...

Hari ni ada presentation BI.. Tajuknya Health and Fashion.. Lack of Preparation but Alhamdulillah.. semuanya baik.. Semuanya terkeluar dari mulut dengan sendirinya. . Walaupun bertembung dengan Test Masorif..(tp cancel last2 minit).. Semuanya dalam satu malam.. nak study masorif + siapkan slides BI.. Alhamdulillah Allah mudahkan ..

Bercakap tentang Health..(Kesihatan) Banyak topik yang kita boleh keluarkan.. Kesihatan diri.. makanan yang sihat.. Gaya hidup yang sihat dan sebagainya..

Fesyen pula, ianya subjektif. setiap orang mempunyai pandangan masing-masing tentang fesyen. Mereka boleh mentafsirkan pandangan mereka melalui fesyen.

Tapi, dalam islam Fesyen yang sebenar adalah fesyen yang menutup aurat.. Kalau nak ikut trend pon biarlah yang mematuhi syarat syariah.. yang lelaki antara pusat hingga lutut.Yang perempuan.. seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. .. Gayakanlah cara mana sekalipon.. asalkan Allah Redha dengan apa yang kita pakai..

Pakaian yang tidak boleh ialah ketat.. sendat.. nipis.. jarang.. mengikiut bentuk tubuh.. nampak warna kulit.. Bagi perempuan sentiasa perlu jaga di tangan dan kaki.. sebab biasanya tempat itu terdedah untuk tontonan umum..

Tudung pulak.. ikutlah nak lilit ker.. nak apa-apa pun.. asalkan menutup rambut.. menutup bahagian dada.. 

Berfesyenlah secara sihat.. supaya anda akan selamat.. di dunia dan akhirat..

March 20, 2012

Tak tahunTapi buat-buat tahu.

Tak Tahu Buat Tahu..

Orang yang tak tahu pasal perkara tersebut tapi dia buat-buat tahu. kadang betul tapi banyak yang salahnya.. haha.. 
Kalau dah tak tahu cakap je la tak tahu. tak payah nak buat orang tergelak memerli. konon macam bagus sangat lah dia tahu semua benda.Tapi sebenarnya. orang menyampah nak kawan dengan orang macam tu. Sikit-sikit menyampuk. walaupun tak tahu tentang apa dibincangkan.
Walaupun bukan bidang dia, walaupun takde kena mengena dengan dia. tapi dia boleh tahu lebih dari orang yang berada dalam bidang tersebut.
Kalau betul-betul tahu takde masalah. lagi Bagus.
Apa motif sebenarnya erk??
nak buat orang puji dia ke??
what ever.. Tapi seriously, siapa-siapa yang ada perangai macam ni, tolonglah hentikan. kalau tak tahu cakap tak tahu. jangan nak buat-buat tahu. 

p/s. tak tuju kepada siapa-siapa.

March 16, 2012

Mukabuku...

sememangnya tidak asing lagi dengan kita muka buku atau kata lain facebook. di mana2 sahaja orang akan bercakap tentangnya. Ada orang kata ianya baik. dan ada juga yang beranggapan sebaliknya. Anda?? apa tanggapan anda tentang facebook.?

Bagi saya ia sesuatu subjektif.. setiap orang ada pandangan masing-masing tentangnya. ada orang yang menggunakan untuk kebaikan dan ada juga yang menggunakannya untuk berhibur. dan tak lari juga ada yang menggunakan untuk kejahatan.

macam-macam.

Jadikanlah ia adalah salah satu platform untuk menyampaikan dakwah. dan juga menghubungkan rakan-rakan yang jauh dan dekat. mengeratkan ukhuwah.

Jalan dakwah sebenarnya luas. tak semestinya perlu bercakap di hadapan orang ramai. Tapi melalui facebook juga boleh dijadikan salah satu medium dakwah. caranya muda. apa-apa yang kita rasa baik dan memberi manfaat kepada orang lain, kita kongsikan."share". Mungkin ramai yang akan baca hasil perkongsian kita. setiap yang membaca itu akan dapat ganjaran pahalanya kepada kita.

Tidakkah ia mudah.?? sambil-sambil berchating dapat juga kita menambahkan pahala kita. Semuanya terletak di tangan anda.. Fikirkanlah.

March 9, 2012

busy lah..

busy.. busy.. busy..
ermm.. sibuknyerr.. semakin hari semakin sibuk... semakin hari semakin tiada masa untuk menulis blog.. Owh Allah.. ampunkan lah hambaMu ini.. sibuk ku dengan urusan lain telah mengurangkan sumbanganku dalam penulisan dakwahMu. Andainya Rasulullah ada di sini.. Owh.. malunya aku.. malu. malu.. sungguh susah untuk mengikut caramu ya Rasul Allah.. Walau pun engkau sebaik-baik teladan..

Tapi.. apapun .. akan ku cuba.. akan ku cuba untuk menjadi sebahagian dari umatmu yang meneruskan perjuanganmu. diakhir zaman ini.. walaupun sangat sukar.. akan ku cuba juga..

Owh.. Rasul Allah.. Andai engkau ada sekarang.. bimbinglah daku. bimbinglah daku untuk menyampaikan dakwahmu.. hingga akhir hayatku.. Ameennnn...

February 26, 2012

(C) (I) (N) (T) (A).

pertunangan bukan lesen untuk berdua-duaan.. tetap lagi hubungan anda terbatas..

ya.!!! memang dia bakal isteri.. tetapi bukan lagi isteri. masih belum dapat menyentuh kulit selagi akad nikah belum terlafaz.

ketahuilah dalam pertunangan akan dilanda bermacam-macam dugaan.. bermacam-macam cabaran. jangan diduga setiap pertunangan akan diakhiri perkahwinan.. dan jangan juga menduga pertunangan diahiri dengan perpisahan. JODOH AJAL MAUT semua Allah dah tentukan. andai benar dia jodoh kita. maka jadilah kalian sepasang suami isteri. dan jika tidak.. ketahuilah Allah punya perancangan lebih baik untuk kita.

Jangan terlalu berharap dan mengharap. bimbang nanti harapan tinggal harapan. adat manusia.. rambut sama hitam.. tapi hati lain-lain. itulah. Percaya cinta Allah. Allah bagi kita cinta sempurna. Percaya cinta manusia. bimbang diri yang merana. biarlah cinta utama membimbing kita untuk mencari cinta insan. agar dapat keredhaan dari Pencipta CINTA.

Sekian..

February 23, 2012

Dalam kelas dengan seorang lect tadi ada memberi satu kata-kata yang saya rasa boleh memberi kesan kepada kita.
 لا تسمع كلام الذي يضحكك وتسمع كلام الذي يحزنك.

maksudnya.. jangan dengar kata-kata yang membuatkan kau ketawa. dengarlah kata-kata yang membuat kau sedih.

kata kata yang membuat kita ketawa akan menbuat diri kita dilanda rasa riya' takabbur dan lupa diri. tetapi kalau kita dengar kata-kata yang membuatkan kita bersedih. InsyaAllah kita akan dapat memperbaiki diri kita dari melakukan kesilapan yang sama. Jika kita inginkan perubahan. ambik kata-kata ini sebagai peringatan. supaya kita sentiasa berwaspada di masa hadapan.
sekian..

February 21, 2012

ambik pengajaran.

Alhamdulillah.. setelah lama tak menulis, hari ini dapat saya berkongsi sesuatu. Beberapa hari yang lalu saya dan rakan-rakan telah menghadiri Kfiqh Ummah. (konvensyen fiqh ummah) di PWTC. Dewan Merdeka telah dipenuhi oleh ribuan orang. Para Asatizah (ustaz-ustaz) yang membentang kertas kerja sangat-sangat terkenal dan berpengalaman, selalu muncul di kaca televisyen dan di corong2 radio. Banyak ilmu yang kami perolehi. 

Tajuk yang dibentangkan ialah Wasatiyyah(kesederhanaan) dalam pelbagai aspek seperti wasatiyyah dalam aqidah, dakwah ,ibadah, politik dan sebagainya. antara panel yang membentangkan ialah Dr. Zaharuddin, Us Zahazan, Us Syeid Norhisyam, Us Zamri (mantop), imam muda asyraf dan ramai lagi. Perbezaan yang ketara antara konvensyen ini dengan konvensyen yang lain ialah penyediaan kertas kerja dalam bentuk buku. Hasil terbitan Telaga Biru. Untuk mengupas isu-isu yang dibentangkan sangat banyak. InsyaALLAH, kalau ada masa saya akan tulis sedikit demi sedikit tetang itu.

Cuma disini saya nak ceritakan satu pengalaman yang menyentuh hati saya. Iaitu semasa waktu rehat kami pergi makan di The Mall dihadapan PWTC. semasa sedang duduk disebuah Restoran, ada sepasang suami Isteri yang buta membeli makanan. mungkin bagi antum perkara ini biasa, namun bagi saya ia sangat menyentuh hati. kemesraan mereka walaupun  buta tetapi mereka tidak perlu orang lain untuk menunjuk arah. mereka mengguna kan tongkat. dan yang paling baik teladan boleh diambil ialah mereka tidak membuang sampah merata-rata. mereka menyimpan sampah dalam kocek beg mereka.berbeza bagi manusia yang celik matanya, tapi seolah-olah mereka pula yang buta tak nampak tong sampah. manusia-masnusia. Inilah realiti. semoga kita dapat ambik pengajaran daripada ini dan semoga Allah curahkan rahamat kepada  pasangan orang buta tersebut. InsyaAllah.. Ameeen...

January 29, 2012

tut000000000p..!!!!

tutup apa? haha.. post kali ini saya nak menekankan tentang tutup aurat.    memang...     memang dah biasa kita dengar benda ni. tapi saya tetap nak tulis benda ni. sebab saya lihat di luar sana, walau ditegur banyak mana, mereka tetap TIDAK menutup aurat. sama ada mereka tahu atau buat-buat tidak tahu. saya tak pasti.
Tetapi realitinya mereka tetap tidak, tidak dan tidak tutup aurat.


Jadi post ini saya nak tulis tentang cerita yang saya baca kat facebook baru-baru ini. http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=315201738531467&id=100001249293460....
ni sedikit petikan dari cerita tu..
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::________
Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,


"Ustaz...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, saya telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah saya buat selama ini.


"Betul ke puan?" tanya saya, terkejut.


"Betul Ustaz. Semasa koma itu saya telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada saya. Balasan azab Ustaz, bukan balasan syurga.


Saya rasa seperti diazab di neraka. Saya ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut saya ditarik dengan bara api.


Sakitnya tak boleh nak saya ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit saya minta ampun minta maaf kepada Allah."


"Bukan itu saja, buah dada saya pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka.


Buah dada saya rentung terbakar, panasnya bukan main. Saya menjerit, menangis kesakitan. Saya masukkan tangan ke dalam api itu dan saya ambil buah dada tu balik."


Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.


Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari........


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

berdasarkan cerita perempuan diatas, dia mengatakan dia tidak pernah memakai tudung. jadi ini lah balasannya kepada mereka. cuba kita bayangkan. satu helai rambut itu aurat. satu dosa. darabkan dengan sepuluh orang yanng melihatnya. dah sepuluh dosa. darab dengan jumlah rambut yang ada kat kepala kita.. Berapa jumlahnya?? tak terkira kan.. itu baru sepuluh orang. yang selama ini, sudah berapa orang yang tengok rambut anda?? fuhh.. Allah sahaja yang tahu..

begitulah realitinya.. selepas saya menulis post ini, tak juga insaf. jadi macam mana nak buat?? sendiri mau fikirlah.. saya dah tegur yang sepatutnya.. semuanya ada pada tangan anda. sama ada hendak berubah @ kekal dengan increase dosa setiap masa. 

benarlah hadis Rasulullah SAW. (SOHIH bukhori dan muslim)

“Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah golongan wanita.”
Jadi, cuba lakukan transformasi diri anda Hari ini. Jangan tunggu lagi. kerana hari kematian tidak akan menunggu tidak juga memberitahu bila dia tiba. Tutup aurat kamu sebelum aurat kamu ditutupkan. masa itu nak beli tudung yang harga beribu-ribu pun dah tak berguna. 
Islam itu mudah. dia tidak memaksa anda memakai tudung. tetapi dia menyuruh anda menutup aurat. terserah lah kepada anda nak pakai apa pun tudung saji ker, tudung periuk ker.. janji tutup aurat.. Islam itu mudah. tak perlulah kita nak sukarkannya.. 










sekian.. 



January 28, 2012

Diam..

Diam. Lebih banyak diam, lebih sedikit dosa.. daripada kita banyak cakap-cakap kosong, baik diam. bukan maknanya kita sombong. Tapi, ini salah satu cara untuk meringankan timbangan dosa kita.

kalau kita cakap-cakap kadang-kadang mesti terlepas mengata orang, bercerita tentang perihal orang dan sebagainya a.k.a mengumpat. kan dah dapat dosa. makin banyak cakap, makin banyak lah dosa yang terkumpul secara tak sedar. 

Mungkin bagi kita yang suka bercakap ini sukar untuk diam, tapi kita boleh cuba kurangkan sedikit demi sedikit bercakap. lama-lama nanti biasalah. 

Tapi bagaimana kalau kita tengah berborak dengan rakan, tetapi dalam berborak tu ada pengumpatan berlaku. Jadi macam mana nak taknak kita kena dengar juga ker??
Tak. cuba tegur. kalau tak mampu kita bagi la alasan, nak ke tandas ker atau selainnya, untuk menghentikan kita dari terus mengumpat.

jadi post ini nak menekankan supaya diam dan bercakap apabila perlu. bercakap dengan pengisian adalah lgi baik. cth.. dalam berborak selitkan ilmu supaya ia bermanfaat. tidaklah dpanggil borak kosong..

p/s. ingatan untuk diri yang banyak bercakap.

January 27, 2012

Waspada

lama tak menulis.. sejak bertempur dengan perjuangan exam final untuk sem ni..
Hari ni, saya nak cerita tentang pengalaman sahabat saya semalam.

Ceritanya bermula dia menunggu bas pulang ke Temerloh. Dari KL. Sedang dia menunggu, ad 3 orang berbeza jumpa dia. orang yang pertama, seorang lelaki tua dalam lingkungan umur 60-70 tahun. orang yang kedua pulak lelaki umur pertengahan. dan yang ketiga lelaki muda. 20-30 tahun.

walau pun berbeza, masa dan watak. tapi tujuan mereka jumpa sahabat saya adalah sama. Apa dia?? menipu untuk dapatkan duit. yang tak boleh nak diterima akalnya, kaedah mereka sama, cakap nak balik rumah, tapi xd duit.

sahabt saya meragui mereka, sama ada betul @tidak . maka dia offer la nak blikan tiket.. tapi mereka taknak. mereka nak sahabat saya bagi duit jer. mahu beli sendiri. keraguan sahabat saya terhadap mereka semakin membuahkan jawapan.

yang pak cik pertama tu, dia cakap "takpela pakcik biar saya yang belikan tiket. kalau pakcik pergi sendiri nanti jatuh ke apa ke susah. biar la saya iring pakcik".  (nampok sangt menipunyerr pakcik tu)

yang pakcik kedua tu, (lupa la story dye) tapi, tujuan mereka adalah sama..

brother yang ketiga.. dia kata dia baru keluar penjara. kes pukul orang.. tapi bila jak pegi bli tiket. alasan dia sama jugak..last2, sahabat aku ni kena marah. lps tu di blah camtu...

Apa kaitan dengan waspada??

haa.. berdasarkan cerita tadi.. berwaspadalah kita ketika berhadapan dengan manusia. sebab manusia ini ada macam-macam jenis. yang jenis kat atas ialah jenis yang malas dan tak tahu malu. sanggup menipu untuk dapatkan duit. kalau betul nak duit cakap la betul-betul. tak payahlah nak menipu. keikhlasan dan kejujuran itu penting yang perlu kita tanamkan dalam diri kita.

sekian.. m00d.. tulis waktu mengantuk.. ayat pon entah apa-apa entah..

January 21, 2012

pernahkah kita terfikir tentang umur kita?? berapa umur anda sekarang?? 20 ? 30 ? atau berapa??
tidakkira lah berapa umur kita, tetapi kita perlu kira berapakah amalan kita?? sudah banyak?? atau masih sikit??

Amal kebaikan kita, lbih banyk? lebih ringan ?atau seimbang dengan amal kejahatan kita?? sudah cukupkah amal kita?? andai kita mati hari ini, yakin ke amal kebaikan kita sudah berat?

cuba kita fikirkan. umur kita berapa??
cth 20.
            darab dengan 12 bulan setahun = 240 bulankita di dunia ni.
            darab dengan 365 hari= 87600 hari kita telah hidup kat dunia.
            darab dengan 24 jam sehari = 2102400 jam kita telah hidup kat dunia.
            darab dengan 60 minit sejam = 126144000 minit kita bernafas kat dunia ni.
            darab dengan 60 saat seminit= 7568640000 saat kita berada dibumi ini.
(maaf kalau salah kira)

Ini hanya gambaran, lebih kurang. ok,cuba kita bayangkan dalam 24 jam sehari, berapa jam kita melakukan kebaikan?? dan berapa jam pulak kita buat dosa? mungkin ada yang banyak buat dosa,dari buat kebaikan ,dan mungkin juga ramai yang buat kebaikan dari kejahatan.

saya ambikcontoh yang buat kejahatan lagi banyak . dalam sehari dia mengumpat, tengok aurat orang lain, mungkir janji, cakap besar dan sebagainya. kira-kira dalam 4 jamla.paling sikit.4 jam sehari. darab dengan 30hari sebulan, jadinya 120 jam .. bahagi dengan 24 jam sehari.dapat 5. so,5 hari full ni kita buat dosa dalam sebulan.. cuba bayangkan.ASTAGHFIRULLAH..nauzubillah.. sama2kita hitung diri kita.. saya yang dhoif mengingatkan diri sendiri dan sahabat yang membaca.. salah silap haraf dimaaafi..

January 12, 2012

Dalam tak sedar..

Dalam tak sedar..
Kejayaan yang kita peroleh hari ini mungkin hasil dari doa-doa rakan-rakan kita yang selalu kita cemuh, keji dan sebagainya. 

Kita tak sedar. selama ini kita mengutuk mereka, kita mengkeji mereka, tapi sebenarnya mereka tidak pernah lupa untuk mendoakan kita.

doa orang-orang teraniaya cepat dimakbulkan Allah. Tapi, masihkah kita mencemuh mereka?? masihkah kita mengkeji mereka?? masihkah kita?? masihkah kita tidak sedar?? 

Tidak malukah kita, mereka yang selalu mendoakan kita, tapi kita malahan mengutuk mereka. Sudahlah tidak berterima kasih. malah dikutuk. 

Kita tidak tahu dalam hati mereka, mungkinkah mereka terasa apabila kita mengutuk mereka, memanggil mereka dengan panggilan yang mereka tidak suka. walaupun wajah mereka biasa. namun di dalam siapa yang tahu. walaupun tujuan kita sebenarnya bergurau. 


Jadi, renung-renungkan. 



meh tengok post yang lain pulak

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...