Pages

January 29, 2012

tut000000000p..!!!!

tutup apa? haha.. post kali ini saya nak menekankan tentang tutup aurat.    memang...     memang dah biasa kita dengar benda ni. tapi saya tetap nak tulis benda ni. sebab saya lihat di luar sana, walau ditegur banyak mana, mereka tetap TIDAK menutup aurat. sama ada mereka tahu atau buat-buat tidak tahu. saya tak pasti.
Tetapi realitinya mereka tetap tidak, tidak dan tidak tutup aurat.


Jadi post ini saya nak tulis tentang cerita yang saya baca kat facebook baru-baru ini. http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=315201738531467&id=100001249293460....
ni sedikit petikan dari cerita tu..
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::________
Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,


"Ustaz...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, saya telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah saya buat selama ini.


"Betul ke puan?" tanya saya, terkejut.


"Betul Ustaz. Semasa koma itu saya telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada saya. Balasan azab Ustaz, bukan balasan syurga.


Saya rasa seperti diazab di neraka. Saya ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut saya ditarik dengan bara api.


Sakitnya tak boleh nak saya ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit saya minta ampun minta maaf kepada Allah."


"Bukan itu saja, buah dada saya pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka.


Buah dada saya rentung terbakar, panasnya bukan main. Saya menjerit, menangis kesakitan. Saya masukkan tangan ke dalam api itu dan saya ambil buah dada tu balik."


Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.


Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari........


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

berdasarkan cerita perempuan diatas, dia mengatakan dia tidak pernah memakai tudung. jadi ini lah balasannya kepada mereka. cuba kita bayangkan. satu helai rambut itu aurat. satu dosa. darabkan dengan sepuluh orang yanng melihatnya. dah sepuluh dosa. darab dengan jumlah rambut yang ada kat kepala kita.. Berapa jumlahnya?? tak terkira kan.. itu baru sepuluh orang. yang selama ini, sudah berapa orang yang tengok rambut anda?? fuhh.. Allah sahaja yang tahu..

begitulah realitinya.. selepas saya menulis post ini, tak juga insaf. jadi macam mana nak buat?? sendiri mau fikirlah.. saya dah tegur yang sepatutnya.. semuanya ada pada tangan anda. sama ada hendak berubah @ kekal dengan increase dosa setiap masa. 

benarlah hadis Rasulullah SAW. (SOHIH bukhori dan muslim)

“Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah golongan wanita.”
Jadi, cuba lakukan transformasi diri anda Hari ini. Jangan tunggu lagi. kerana hari kematian tidak akan menunggu tidak juga memberitahu bila dia tiba. Tutup aurat kamu sebelum aurat kamu ditutupkan. masa itu nak beli tudung yang harga beribu-ribu pun dah tak berguna. 
Islam itu mudah. dia tidak memaksa anda memakai tudung. tetapi dia menyuruh anda menutup aurat. terserah lah kepada anda nak pakai apa pun tudung saji ker, tudung periuk ker.. janji tutup aurat.. Islam itu mudah. tak perlulah kita nak sukarkannya.. 










sekian.. 



January 28, 2012

Diam..

Diam. Lebih banyak diam, lebih sedikit dosa.. daripada kita banyak cakap-cakap kosong, baik diam. bukan maknanya kita sombong. Tapi, ini salah satu cara untuk meringankan timbangan dosa kita.

kalau kita cakap-cakap kadang-kadang mesti terlepas mengata orang, bercerita tentang perihal orang dan sebagainya a.k.a mengumpat. kan dah dapat dosa. makin banyak cakap, makin banyak lah dosa yang terkumpul secara tak sedar. 

Mungkin bagi kita yang suka bercakap ini sukar untuk diam, tapi kita boleh cuba kurangkan sedikit demi sedikit bercakap. lama-lama nanti biasalah. 

Tapi bagaimana kalau kita tengah berborak dengan rakan, tetapi dalam berborak tu ada pengumpatan berlaku. Jadi macam mana nak taknak kita kena dengar juga ker??
Tak. cuba tegur. kalau tak mampu kita bagi la alasan, nak ke tandas ker atau selainnya, untuk menghentikan kita dari terus mengumpat.

jadi post ini nak menekankan supaya diam dan bercakap apabila perlu. bercakap dengan pengisian adalah lgi baik. cth.. dalam berborak selitkan ilmu supaya ia bermanfaat. tidaklah dpanggil borak kosong..

p/s. ingatan untuk diri yang banyak bercakap.

January 27, 2012

Waspada

lama tak menulis.. sejak bertempur dengan perjuangan exam final untuk sem ni..
Hari ni, saya nak cerita tentang pengalaman sahabat saya semalam.

Ceritanya bermula dia menunggu bas pulang ke Temerloh. Dari KL. Sedang dia menunggu, ad 3 orang berbeza jumpa dia. orang yang pertama, seorang lelaki tua dalam lingkungan umur 60-70 tahun. orang yang kedua pulak lelaki umur pertengahan. dan yang ketiga lelaki muda. 20-30 tahun.

walau pun berbeza, masa dan watak. tapi tujuan mereka jumpa sahabat saya adalah sama. Apa dia?? menipu untuk dapatkan duit. yang tak boleh nak diterima akalnya, kaedah mereka sama, cakap nak balik rumah, tapi xd duit.

sahabt saya meragui mereka, sama ada betul @tidak . maka dia offer la nak blikan tiket.. tapi mereka taknak. mereka nak sahabat saya bagi duit jer. mahu beli sendiri. keraguan sahabat saya terhadap mereka semakin membuahkan jawapan.

yang pak cik pertama tu, dia cakap "takpela pakcik biar saya yang belikan tiket. kalau pakcik pergi sendiri nanti jatuh ke apa ke susah. biar la saya iring pakcik".  (nampok sangt menipunyerr pakcik tu)

yang pakcik kedua tu, (lupa la story dye) tapi, tujuan mereka adalah sama..

brother yang ketiga.. dia kata dia baru keluar penjara. kes pukul orang.. tapi bila jak pegi bli tiket. alasan dia sama jugak..last2, sahabat aku ni kena marah. lps tu di blah camtu...

Apa kaitan dengan waspada??

haa.. berdasarkan cerita tadi.. berwaspadalah kita ketika berhadapan dengan manusia. sebab manusia ini ada macam-macam jenis. yang jenis kat atas ialah jenis yang malas dan tak tahu malu. sanggup menipu untuk dapatkan duit. kalau betul nak duit cakap la betul-betul. tak payahlah nak menipu. keikhlasan dan kejujuran itu penting yang perlu kita tanamkan dalam diri kita.

sekian.. m00d.. tulis waktu mengantuk.. ayat pon entah apa-apa entah..

January 21, 2012

pernahkah kita terfikir tentang umur kita?? berapa umur anda sekarang?? 20 ? 30 ? atau berapa??
tidakkira lah berapa umur kita, tetapi kita perlu kira berapakah amalan kita?? sudah banyak?? atau masih sikit??

Amal kebaikan kita, lbih banyk? lebih ringan ?atau seimbang dengan amal kejahatan kita?? sudah cukupkah amal kita?? andai kita mati hari ini, yakin ke amal kebaikan kita sudah berat?

cuba kita fikirkan. umur kita berapa??
cth 20.
            darab dengan 12 bulan setahun = 240 bulankita di dunia ni.
            darab dengan 365 hari= 87600 hari kita telah hidup kat dunia.
            darab dengan 24 jam sehari = 2102400 jam kita telah hidup kat dunia.
            darab dengan 60 minit sejam = 126144000 minit kita bernafas kat dunia ni.
            darab dengan 60 saat seminit= 7568640000 saat kita berada dibumi ini.
(maaf kalau salah kira)

Ini hanya gambaran, lebih kurang. ok,cuba kita bayangkan dalam 24 jam sehari, berapa jam kita melakukan kebaikan?? dan berapa jam pulak kita buat dosa? mungkin ada yang banyak buat dosa,dari buat kebaikan ,dan mungkin juga ramai yang buat kebaikan dari kejahatan.

saya ambikcontoh yang buat kejahatan lagi banyak . dalam sehari dia mengumpat, tengok aurat orang lain, mungkir janji, cakap besar dan sebagainya. kira-kira dalam 4 jamla.paling sikit.4 jam sehari. darab dengan 30hari sebulan, jadinya 120 jam .. bahagi dengan 24 jam sehari.dapat 5. so,5 hari full ni kita buat dosa dalam sebulan.. cuba bayangkan.ASTAGHFIRULLAH..nauzubillah.. sama2kita hitung diri kita.. saya yang dhoif mengingatkan diri sendiri dan sahabat yang membaca.. salah silap haraf dimaaafi..

January 12, 2012

Dalam tak sedar..

Dalam tak sedar..
Kejayaan yang kita peroleh hari ini mungkin hasil dari doa-doa rakan-rakan kita yang selalu kita cemuh, keji dan sebagainya. 

Kita tak sedar. selama ini kita mengutuk mereka, kita mengkeji mereka, tapi sebenarnya mereka tidak pernah lupa untuk mendoakan kita.

doa orang-orang teraniaya cepat dimakbulkan Allah. Tapi, masihkah kita mencemuh mereka?? masihkah kita mengkeji mereka?? masihkah kita?? masihkah kita tidak sedar?? 

Tidak malukah kita, mereka yang selalu mendoakan kita, tapi kita malahan mengutuk mereka. Sudahlah tidak berterima kasih. malah dikutuk. 

Kita tidak tahu dalam hati mereka, mungkinkah mereka terasa apabila kita mengutuk mereka, memanggil mereka dengan panggilan yang mereka tidak suka. walaupun wajah mereka biasa. namun di dalam siapa yang tahu. walaupun tujuan kita sebenarnya bergurau. 


Jadi, renung-renungkan. 



meh tengok post yang lain pulak

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...