Pages

November 28, 2011

Sam'ieyattt (السمعيات)

Dalam ceramah Awal Muharam pagi tadi, saya tertarik dengan perumpamaan tentang Samieyatt yang dibawakan Ust Hamdan Yusi Yusoff,(JAIP). Analogi yang saya rasa cukup jelas bagi menerangkan perkara Samieyat bagi golongan yang tidak percaya tentang kewujudan Samieyat..

Sebelum itu, biar saya paste kan maksud samieyat itu sendiri yang di copy dari blog ustazah Azimah.

Pengertian Sam’iyat ialah perkara yang tidak dapat digambarkan dengan pancaindera manusia dan hanya dapat diketahui melalui al-quran dan al-hadis.
Dalil kewajipan beriman dengan perkara sam’iyat seperti firman Allah yang bermaksud:
” (Orang yang bertaqwa) ialah orang yang beriman dengan perkara-perkara ghaib” - surah al baqarah

Contoh2 perkara sam’iyat:
1. Alam Barzah - alam kubur
2. Soalan kubur - soalan yang ditanya oleh malaikat munkar dan nakir
3. Nikmat kubur : nikmat kepada orang yang mentaati perintah Allah
4. Azab kubur : siksaan kepada orang yang banyak melakukan dosa
5. Mahsyar : tempat berkumpul selepas dibangkitkan semula
6. Mizan : Alat timbangan amalan
7. Sirat : titian yang merentangi neraka untuk memasuki ke syurga
8. Syurga : tempat ganjaran bagi orang yang mentaati perintah Allah
9. Neraka : tempat siksaan bagi orang yang melanggar perintah Allah
Berdasarkan penerangan us tadi,kita tahu apa yang dimaksudkan dengan Samieyat atau perkara-perkara ghaib.
Tetapi, bagaimana kita ingin menerangkan kepada orang yang tidak percaya tentang kewujudan perkara samieyat ini???
Dengan analogi yang Us Hamdan bawakan dalam ceramahnya pagi tadi saya rasa ia sudah cukup untuk menjawab persoalan tersebut.
Analoginya ialah. dengan cerita tentang ikan.
Satu hari ibu ikan dan anak-anaknya sedang berenang-renang di dalam air. Tiba-tiba mereka terjumpa seekor cacing. Ibu ikan berhenti dan berpaling kepada anak-anaknya seraya berkata: 
Ini cacing. dalam cacing ini ada mata kail.yang disambung dengan tali tangsi terus kepada joran yang dipegang oleh manusia. Jangan makan cacing ini!! kalau kamu makan kamu akan disentak oleh manusia dan disiang kamu dengan pisau, dan dikelar halus-halus. Kemudian digoreng dalam kuali yang didalamnya ada minyak panas. dibawahnya ada api. lalu kamu diangkat dan di tuskan. kemudian dihidangkan kepada manusia, dicubit-cubit dan dimakan oleh mereka. tulang-tulang kamu akan dimakan oleh semut-semut. dan dibuang merata-rata.
setelah diberi penerangan, maka dengarlah anak-anak ikan tersebut. maka setelah mencari-cari di dalam air tentang perkara yang disebutkan oleh ibu mereka. mereka dapati mereke tidak menjumpai kuali,manusia, api dan sebagainya. lalu ada antara mereka memakan cacing tersebut kerana mereka tidak percaya tentang apa yang di sebut ibu mereka. setelah disentak, maka baru anak ikan tu tahu bahawa apa yang di sebut oleh ibu mereka. 
Dengan perkongsian yang sedikit ini, InsyaAllah ia bermanfaat kepada kita . SEKIAN.

November 23, 2011

Astaghfirullah..

Sehari-hari kita banyak melakukan kesilapan dan kesalahan. Tapi adakah kesalahan itu lebih banyak dari istighfar kita dalam satu hari.????





Di akhir zaman ini memang kita selalu leka. Leka dengan kehidupan dunia. Dunia yang banyak godaan. bukan sahaja godaan dari syaitan, tetapi juga godaan dari pengaruh barat. Godaan yang secara diam masuk ke dalam pasaran umat Islam. Tujuan nya SATU. Iaitu ingin melalaikan Umat Islam dengan kehidupa Dunia daripada beribadah, beristighfar mengingati Allah.


Antara bentuk penjajahan dalaman ialah Hiburan yang TERLAMPAU. Sukan yang berpengaruh hebat.(sanggup bangun malam untuk tengok bola, sedangkan waktu itu adalah waktu untuk berkiamullail). Sosial dalam kalangan   orang islam sudah tidak nampak batasnya. dan banyak lagi pengaruh-pengaruh barat yang ingin meruntuhkan umat Islam melalui hati. Mereka ingin melembutkan hati kita sedikit-sedikit ke jalan yang di murkai ALLAH. 


Jadi kita sebagai umat Islam yang ada kesedaran ini, cuba kita tangkis sedikit demi sedikit untuk menguatkan hati kita seperti hati-hati orang islam di zaman rasulullah. . salah satu caranya ialah dengan beristighfar.. ASTAGHFIRULLAH ...      ASTAGHFIRULLAHH...    ASTAGHFIRULLAH...


Saya menulis artikel ini adalah untuk memperingati DIRI saya sendiri dan juga sahabat yang membaca.. Moga Redha ALLAH bersama dengan orang-orang yang ingin menuju ke jalannya.

November 20, 2011

MUNAFIK

selepas beberapa kali mendengar cerita pasal munafik baru-baru ini, timbul perasaan ingin berkongsi di sini. 


satu hadis Nabi yang bermaksud
"tanda-tanda orang munafik ada tiga, apabila bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia mungkiri, dan apabila diberiamanah dia khianati"


cuba kita lihat diri kita balik. ada tak sifat-sifat yang nabi katakan ini.??? walaupun satu.. ia tetap tanda-tanda orang munafik.. 


dalam kehidupan seharian kita, pernah tak kita menipu??? pernah tak kita tak tepati janji?? pernah tak kita inkari amanah?? secara kita tak sedar, sememangnya ia banyak berlaku. contoh yang mudah saya bawakan ialah:


Ahmad sedang menunggu ali di kedai makan.
ahmad: hello, kat mana?
ali: on the way (padahal masih kat rumah) sengaja nak ambik hati.
ahmad : ok2.. cepat sikit.


di sini ada dua tanda-tanda orang munafik yang pertama menipu yang kedua tak tepati janji.


walaupun ia nampak mudah dan biasa. tetapi sebenarnya ia termasuk dengan tanda-tanda orang munafik.
mengingatkat lagi hadis Rasulullah mafhumnya.tempat orang-orang munafik ialah neraka paling bawah.
hadis ini menunjukkan bahawa orang munafik ini lagi teruk daripada orang kafir. tempatnya paling bawah dalam neraka. Nauzubillah min zalik..



oleh itu, kita hidup di dunia ini banyak dugaan dan cabaran. sebolehnya cuba kita hindari diri kita dari tergolong dalam golongan-golongan yang Allah murka. saya tulis adalah untuk peringatan diri saya yang selalu leka di samping mengingatkan saudara seislam saya. Wallahu Aklam.



November 16, 2011

SENYUM ITU SEDEKAH..

senyum. 
tak perlu kata apa-apa
senyum.
tak perlu kata apa-apa

semasa terdengar bait-bait lagu ni. teringat pulak muka pak cik yang masam mencuka itu. 
kenapa?? kenapa?? kenapa susah sangat nak senyum?? susah sangat ker?? 
rasa malu tak bila kita senyum kat dia, tapi dia boleh wat 'don't know' kat kita. 
kadang-kadang malas jugak nak senyum kat orang, tapi memandangkan ia banyak memberikan kelebihan yang positif, 
saya tetap juga menebalkan muka untuk mengukir senyuman walaupun tidak dibalas. 

biarlah dia nak kata apa pun. yang penting kita dapat ganjarannya. senyum itu sedekah. nak sedekah harta, kita tiada harta, nak sedekah wang ringgit, masih belum mempunyai pendapatan sendiri, 
jadi apa salahnya kalau kita sedekahkan senyuman. 
dapat juga menambahkan pahala kita. walaupun ia nampak kecil, tapi sedikit sebanyak ia membantu memberatkan timbangan mizan kita kat akhirat kelak.

Jadi, saya harap selepas ini banyak-banyakanlah senyum. tapi ingat bagi yang perempuan hati-hati dalam memberikan senyuman anda itu. kerana senyuman wanita itu banyak tafsiranya di mata lelaki. berilah senyuman anda kepada yang berhak sahaja.

Bagi lelaki pula, senyumlah anda kepada sesiapa yang anda jumpa. kerana senyuman anda itu bermakna. Jangan risau kalau senyuman anda tidak terbalas kerana dari reaksi orang yang kita senyum itu kita boleh mengenal dirinya serba sedikit. macam mana?? 

kalau dia membalas senyuman kita, maka kemungkinan besar dia seorang yang peramah. kalau dia masam sahaja, mood untuk tegur dia hilang. nampak sangat dia tidak suka kita bercakap dengan dia. 

namun jangan terlalu cepat menilai, kerani ini hanya persepsi awal. banyak juga kemungkinan dia tidak mahu senyum. mungkin ada masalah besar yang dia fikirkan, mungkin juga dia sedang melayan angan -angan atau khayalan sampai tidak perasan apa yang berlaku di sekitarnya walaupun hakikatnya matanya terbuka. atau banyak lagi kemungkinan lain.

oleh itu, dalam apa-apa hal pun mestilah banyakkan senyuman terutamanya peniaga dan perkhidmatan pelanggan. senyuman anda amat penting untuk pengguna atau pelanggan anda.  SENYUM... 





kalau nak tahu kelebihan-kelebihan orang yang senyum ni, boleh la tanyak kat pak cik google.. 

November 9, 2011

la taghdobbbb

Terbaca kata-kata imam ghazali yang masih tertampal kat dinding. Kemarahan manusia bermacam-macam.


  • sesetengah lekas marah, lekas tenang lekas hilang.
  • sesetengah lambat marah, lambat pula redanya.
  • sesetengah lambat akan marahnya, lekas pula hilangnya.
Yang terakhir ini adalah yang terpuji.

Berikutan terbaca petikan di atas, jadi saya mengambil kesempatan untuk mengongsikannya berkongsi dengan anda semua.Dalam  keadaan yang Imam ghazali sebut dimanakah kita?? 

gred yang pertama ?? 


atau kedua??

atau yang ketiga?? 

Di akhir petikan itu mengatakan gred yang ketiga itu adalah yang terpuji. maka sedaya upaya kita cuba, saya tegaskan CUBA untuk menjadi yang ketiga. yakni orang yang banyak sabarnya sebagaimana Firman ALLAH yang bermaksud sesungguhnya ALLAH bersama dengan orang-orang yang SABAR.



November 5, 2011

sahabatku

Terkenangkan sahabat saya yang sedang berada di ICU selepas ke+MALANG+an tempoh hari. Siapa?? Atas sebab-sebab tertentu namanya dirahsiakan. Cukuplah kita menggelarnya S di sini. 

MALANG memang tidak berbau. Semuanya kuasa ALLAH di luar pengetahuan manusia. Apabila ALLAH katakan KUN FAYAKUN. Maka jadilah. Tiada daya kita untuk mengubahnya. Tiada apa yang perlu disesalkan. Semua yang ALLAH tentukan ada hikmahnya.. Mungkin selepas kemalangan S akan berubah daripada yang buruk menjadi baik. Dan yang baik menjadi lebih baik. Atau juga mungkin Allah ingin memberi kesedaran kepada kita supaya berhati-hati. Atau mungkin ada hikmah-hikmah lain yang tersembunyi yang kita tidak nampak sekarang dan Allah akan tunjukkan apabila tiba masanya nanti.

Cukup sayu rasanya apabila melawat S kali pertama sehari selepas kejadian. S terbujur kaku diatas katil ditemani wayar-wayar . Badan yang calar-balar. wajahnya tidak kelihatan seperti wajahnya yang asli. Berat mata yang meratap.. Berat lagi ratapan yang dirasai keluarganya.

Pada hari-hari berikutnya, Alhamdulillah kondisi S semakin baik berbanding sebelumnya. Sekarang S tidak perlukan mesin lagi untuk bernafas. S ditebuk di lehernya untuk bernafas dengan sendiri. Doktor telah mngurangkan ubat tidur. S sudah boleh buka mata. Namun S tidaklah dapat bersuara mahupun berfikir. Kata nurse, kalau kita melawat dia . Dia akan pandang kita tetapi dia tidak kenal. Sekadar pandang kosong.

Setakat ini kondisinya makin stabil dan diharapkan S akan cepat sembuh untuk kembali bersama kami berjuang dalam arena pelajaran yang sama-sama kami tuju . Harapkan kepada keluarga S akan tabah menerima dugaan  dan cabaran ini. Dan kepada S, teruskan perjuangan anda dalam peperangan dengan kesakitan. Dan sentiasa ingat ayat terakhir dalam surah Albaqoroh mafhumnya.. ALLAH tidak membebani seseorang melainkan dengan kesangupannya
Wallahu aklam..

meh tengok post yang lain pulak

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...