Pages

November 20, 2011

MUNAFIK

selepas beberapa kali mendengar cerita pasal munafik baru-baru ini, timbul perasaan ingin berkongsi di sini. 


satu hadis Nabi yang bermaksud
"tanda-tanda orang munafik ada tiga, apabila bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia mungkiri, dan apabila diberiamanah dia khianati"


cuba kita lihat diri kita balik. ada tak sifat-sifat yang nabi katakan ini.??? walaupun satu.. ia tetap tanda-tanda orang munafik.. 


dalam kehidupan seharian kita, pernah tak kita menipu??? pernah tak kita tak tepati janji?? pernah tak kita inkari amanah?? secara kita tak sedar, sememangnya ia banyak berlaku. contoh yang mudah saya bawakan ialah:


Ahmad sedang menunggu ali di kedai makan.
ahmad: hello, kat mana?
ali: on the way (padahal masih kat rumah) sengaja nak ambik hati.
ahmad : ok2.. cepat sikit.


di sini ada dua tanda-tanda orang munafik yang pertama menipu yang kedua tak tepati janji.


walaupun ia nampak mudah dan biasa. tetapi sebenarnya ia termasuk dengan tanda-tanda orang munafik.
mengingatkat lagi hadis Rasulullah mafhumnya.tempat orang-orang munafik ialah neraka paling bawah.
hadis ini menunjukkan bahawa orang munafik ini lagi teruk daripada orang kafir. tempatnya paling bawah dalam neraka. Nauzubillah min zalik..



oleh itu, kita hidup di dunia ini banyak dugaan dan cabaran. sebolehnya cuba kita hindari diri kita dari tergolong dalam golongan-golongan yang Allah murka. saya tulis adalah untuk peringatan diri saya yang selalu leka di samping mengingatkan saudara seislam saya. Wallahu Aklam.



meh tengok post yang lain pulak

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...