Pages

October 6, 2013

Salah menyalahkan

Bangau oh bangau kenapa engkau kurus?
macam mana aku tak kurus, ikan tak timbul timbul.

Ikan oh ikan kenapa engkau tak tombul?
macam mana aku nak timbul rumput panjang sangat.

Rumput oh rumput kenapa engkau panjang sangat?
macam mana aku tak panjang, kerbau tak makan aku.

Kerbau oh lerbau kenapa engkau tak makan rumput?
macam mana aku nak makan, perut aku sakit.

Perut oh perut kenapa engkau sakit?
macam mana aku tak sakit, makan nasi mentah.

Nasi oh nasi kenapa engkau mentah?
macam mana aku tak mentah, api tak mau menyala.

Api oh api, kenapa engkau tak mahi menyala?
Macam mana aku nak menyala, kayu api basah.

Kayu oh kayu, kenapa engkau basah?
macam mana aku tak basah, hujan timpa aku.

Hujanoh hujan kenapa engkau timpa kayu?
macam mana aku tak timpa, katak panggil aku.

Katak oh katak kenapa engkau panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil ular nak makan aku.

Ular oh ular kenapa engkau nak makan katak?
macam mana aku tak makan, memmang makanan aku.

Lagu bangau oh bangau ni, kalau kita perhatikan memang dari awal sampai habis liriknya, semuanya menyalahkan orang lain, tak mengakui kesalahan diri sendiri.

Manusia jarang memerhatikan kesalahan sendiri, namun kesalahan orang senang je ia nampak. Orang yang macam ni kena cek balik hatinya. Mesti ada yang tak kena.

janganlah menunding ke arah orang lain, sepatutnya biar diri sendiri yang sedar kesilapan diri. Kerana kita memang lemah dan takkan lari dari kesilapan. Dan kesilapan itulah yang mengajar kita untuk lebih berhati-hati di masa hadapan.

#Lenotepersoneli

June 14, 2013

Turkey summer break

Alhamdulillah.. summer break bru ni diberi peluang jelajah Turkey. Yang mana negara yg terletak dibenua eropah dan sebahagiannya di asia.

Tak dinafikan, dan memang diakui negaranya memang bersih indah cantik. Dan kalau ditanya pasti ingin pergi sekali lagi.

Cuma sedih.. negara yg dulu kuat pegangan islamnya kini tidak jauh beza dari negara eropah yang lain..

Dan sedih, negara yang dulunya didiami oleh sebaik2 tentera dan sebaik2 raja, telah dihapuskan titik nilai islam oleh sejahat2 manusia. pemerintahan Uthmaniyah dihapuskan diganti dengan pembawaan baru mustafa kamal attaturk. Yang kononnya dianggap bapa kemerdekaan, pemodenan dsbgnya oleh rakyatnya.

Betapa kuatnya pengaruh attaturk sehingga keburukannya tidak nampak atau diterima oleh rakyatnya kecuali sebahagian yang menentang. walaupun mati dalam keadaan tidak diterima tanah. Tetapi namanya tetap disanjung sampai sekarang. Dan di merata-rata tempat di turkey gambarnya, potretnya, patungnya, tugunya, binaan rupa dan badannya terlalu banyak.

Kini, turki telah menjadi negara yang mengamalkan budaya barat. Berpelukan berciuman di khalayak adalah biasa. Penjualan arak dimerata tempat bahkan kedai org islam sendiri pon menjualnya. Pemakaian tatu yang dianggap biasa. Pemakaian yang ketat seksi meksi menampakkan yang tidak sepatutnya. Penghisapan rokok di kalangan wanita sangat banyak hatta yang bertudung sekalipun. Dan sebagainya.

Namun pemerintahan Edogan sedikit sebanyak ingin cuba mengubahnya kembali secara berperingkat. Harapnya generasi islam akan terbina dan kukuh kembali di negara tersebut.

Sesuatu yang menarik, masyarakat di sini peramah dan masjid2 yang sangat banyak dan sentiasa dipenuhi pada waktu2 solat. Meskipun memakai skirt dan x pakai tudung. Tp solat tetap ditunaikan. Bukan semua hanya segelintir.

May 2, 2013

Antara dua darjat

Di suatu subuh yang dingin,
suhu yang mendamaikan,
angin bertarung hebat berlumba-lumba sesama mereka.
Pokok melambai- lambai meraikan penjalan kaki seperti aku.
Mentari yang mengintai-intai menunggu masa untuk bangkit.
Bulan yang menemani suasana malam beransur pergi.
Awan berlegar-legar diruang udara menjadi tempat matahatari
menyembunyikan separuh jasadnya.

Namun,
walaupun alam menggambarkan keindahan paginya.
Walaupun angin, pokok, mentari, bulan dan awan
memainkan watak mereka dengan sempurna.
Dan walaupun hujan, kilat dan petir tidak datang menyerang,
semua itu tidak langsung memberi kesan di Syari’  Jamiah.

Kenapa?
Sampah seakan-akan bernyawa bebas berterbangan seperti burung.
Ada yang hinggap di pokok,
ada yang hinggap di penghadang jalan,
ada yang hinggap di dawai elektrik,
Tak kurang juga di badan manusia yang sedang fokus berjalan
untuk beredar dari kawasan tersebut.
sungguh riang sekali mereka,
bermain-main dijalanan orang,
berkejar-kejaran kesana kemari.

namun kehadiran mereka bukanlah disukai manusia.
dipandang jijik oleh sebahagian manusia.
Walau asalnya mereka yang mencipta.
namun kesedaran tiada hadirnya.

Sampah yang masih lena ditepi-tepi jalan,
mungkin belum dikejutkan angin,
sempat ditangkap oleh hamba-hamba Allah yang mulia,
yang mencari rezeki di kala fajar tiba lagi.
Lalu dikurungnya sampah-sampah tersebut
di dalam tong sampah besar,
yang mana sampah-sampah yang dikumpulkan di dalamnya,
akan di ambil oleh lori pengangkut sampah,
dan membawa mereka ke kediaman mereka yang sepatutnya,
dikumpulkan bersama rakan-rakan lainnya,
yang jauh dari mata manusia,
supaya tiada mengherdik, memerli dan menghina mereka.

Di mana kesedaran umat manusia?
Melepaskan sampah merata-rata.
Membiarkan sampah berkeliaran liar.
Apakah guna sangkar-sangkar sampah yang disediakan?
Sekadar hiasan tanpa tarikan.
Tidak dipandang walau jelingan sekalipun,
yang sentiasa menanti disuapkan sampah ke dalamnya.

Bersabarlah.
Keangkuhan manusia memang diduga,
Dek kerana diciptakannya sebaik-baik kejadian.
Sempurna sifat dan akalnya.
Tetapi tidak di hatinya.
Hati yang lebih kotor darimu.
Kerana kamu dan mereka,
adalah antara dua darjat yang berbeza.

April 27, 2013

Ponteng..

Ponteng.. Huh.. mungkin biasa bagi sesetengah orang tapi tak bagi saya. Kalau contoh terpaksa ponteng akibat kelalaian saya contoh terlewat dan sebagainya mesti saya akan rasa sesuatu dalam hati. Contoh menyesal, rugi risau dan macam2 lagi.

Sebab bagi saya, keberkatan dengan guru tu penting. Even  saya tak faham sangat pun dalam kelas. Tapi kalau ada keberkatan tu, rasa tenang je. Kalai study mudah je faham. Ilmu pun berkat. Tak gitu??

Satu yang saya paling tak suka pelajar sekolah sekarang ni, tak hormat guru. Bergaduh dengan guru. Mengutuk mengumpat guru. Dan sebagainya akhlak buruk yang menyebabkan hilang keberkatan dalam penyampaian ilmu tu sendiri.

Apabila hilang keberkatan, susahlah hidup. Walaupun dia cemerlang sekalipun takda keberkatan x guna.

Jauhnya lari dari tajuk asal. Sebab alang-alang dah masuk bab keberkatan guru tu, terselit lah sekali masalah lain selain ponteng tu. Apa-apa pon. Janganlah ponteng kalau takda masalah atau hal yg penting. Rugi ponteng ni. Harap pendirian saya ni utuh sampai bila-bila sebab takut terpalit dengan suasana suka memonteng dari sebilangan pelajar kat sini.

Wallahu aklam bissawab.

Sekian.

Sekelip mata, hilang pahala.

Bismillah..

Setelah lama biarkan bersawang akhirnya berjaya juga hari ni share sesuatu.

Ibadah atau amalan harian. Secara jujurnya, saya tak suka ditanya atau menanya tentang ibadah atau amalan harian seseorang. Contoh, hari ni dah selawat ke belom?? Atau hari ni dah solat dhuha dah? Dan sebagainya.

Sekiranya soalan ini ditanya, kita rasa ( bukan kita lah saya sendiri rasa) serba salah nak jawab. Kalau jawab dah takut jadi riya' atau niat mudah berubah. Kalau jawab belum takut dosa menipu. (Dalam konteks ibadah atau amalan tadi kita dah laksanakan)

Sebab ikhlas ni ada tiga peringkat. Sebelum, sedang dan selepas. Biasa orang sangkut kat selepas. Sebelum dan sedang dah ikhlas tapi bila dah buat sesuatu amalan atau ibadah tu. Berlaku situasi macam saya sebutkan kat atas tadi. Jadi mungkin secara tak langsung akan menggugurkan pahala ibadah atau amalan tersebut.

Kerana sebanyak mana kita buat pahala kalau tak ikhlas kerana Allah. Jangan haraplah pahala. Contoh mudah sedekah. Keluar masjid kita dah ikhlas sedekah kat tabung @makcik2 dan sebagainya. Tapi dalam perjalanan balik, singgah kedai. Tengok2 duit tak cukup. Pastu cakap. Ala tadi dah sedekah kat makcik tadi. Zapppp.. hilang pahala sedekah. Duit habis. Barang tak dapat. Pahala pun hilang. 3 kerugian dengan hanya satu kesilapan.

Zupzupzup.. jauh melalut ke lain. Kita balik semula kat yang asal tadi. Kalau soalan-soalan itu diganti dengan mengingati dan umum lagi baik. Contoh, post sesuatu kt fb atau wassapp member tulis kelebihan solat dhuha, senaraikan secara ringkas. Atau,  cara melakukan solat witir. Postkan. Atau tanya secara umum dngan tujuan mengingati dan niat tak mahu respon dari pembaca atau pendengar. Contoh. Hari ni dah selawat ke belum??

Secara tak langsung dapat pahala dakwah dan tidak menyerbasalahkan orang tersebut. (Haha, kalau cikgu bm saya tahu saya guna ayat macam ni, mesti dia marah. Ada ke perkataan menyerbasalahkan?? haha)

Semakin lama semakin lari dari tajuk. Apa-apa pun ibadah yg ikhlas adalah ibadah yg terbaik.
Sekian.

meh tengok post yang lain pulak

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...