Pages

March 30, 2012

fesyen...

Hari ni ada presentation BI.. Tajuknya Health and Fashion.. Lack of Preparation but Alhamdulillah.. semuanya baik.. Semuanya terkeluar dari mulut dengan sendirinya. . Walaupun bertembung dengan Test Masorif..(tp cancel last2 minit).. Semuanya dalam satu malam.. nak study masorif + siapkan slides BI.. Alhamdulillah Allah mudahkan ..

Bercakap tentang Health..(Kesihatan) Banyak topik yang kita boleh keluarkan.. Kesihatan diri.. makanan yang sihat.. Gaya hidup yang sihat dan sebagainya..

Fesyen pula, ianya subjektif. setiap orang mempunyai pandangan masing-masing tentang fesyen. Mereka boleh mentafsirkan pandangan mereka melalui fesyen.

Tapi, dalam islam Fesyen yang sebenar adalah fesyen yang menutup aurat.. Kalau nak ikut trend pon biarlah yang mematuhi syarat syariah.. yang lelaki antara pusat hingga lutut.Yang perempuan.. seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. .. Gayakanlah cara mana sekalipon.. asalkan Allah Redha dengan apa yang kita pakai..

Pakaian yang tidak boleh ialah ketat.. sendat.. nipis.. jarang.. mengikiut bentuk tubuh.. nampak warna kulit.. Bagi perempuan sentiasa perlu jaga di tangan dan kaki.. sebab biasanya tempat itu terdedah untuk tontonan umum..

Tudung pulak.. ikutlah nak lilit ker.. nak apa-apa pun.. asalkan menutup rambut.. menutup bahagian dada.. 

Berfesyenlah secara sihat.. supaya anda akan selamat.. di dunia dan akhirat..

March 20, 2012

Tak tahunTapi buat-buat tahu.

Tak Tahu Buat Tahu..

Orang yang tak tahu pasal perkara tersebut tapi dia buat-buat tahu. kadang betul tapi banyak yang salahnya.. haha.. 
Kalau dah tak tahu cakap je la tak tahu. tak payah nak buat orang tergelak memerli. konon macam bagus sangat lah dia tahu semua benda.Tapi sebenarnya. orang menyampah nak kawan dengan orang macam tu. Sikit-sikit menyampuk. walaupun tak tahu tentang apa dibincangkan.
Walaupun bukan bidang dia, walaupun takde kena mengena dengan dia. tapi dia boleh tahu lebih dari orang yang berada dalam bidang tersebut.
Kalau betul-betul tahu takde masalah. lagi Bagus.
Apa motif sebenarnya erk??
nak buat orang puji dia ke??
what ever.. Tapi seriously, siapa-siapa yang ada perangai macam ni, tolonglah hentikan. kalau tak tahu cakap tak tahu. jangan nak buat-buat tahu. 

p/s. tak tuju kepada siapa-siapa.

March 16, 2012

Mukabuku...

sememangnya tidak asing lagi dengan kita muka buku atau kata lain facebook. di mana2 sahaja orang akan bercakap tentangnya. Ada orang kata ianya baik. dan ada juga yang beranggapan sebaliknya. Anda?? apa tanggapan anda tentang facebook.?

Bagi saya ia sesuatu subjektif.. setiap orang ada pandangan masing-masing tentangnya. ada orang yang menggunakan untuk kebaikan dan ada juga yang menggunakannya untuk berhibur. dan tak lari juga ada yang menggunakan untuk kejahatan.

macam-macam.

Jadikanlah ia adalah salah satu platform untuk menyampaikan dakwah. dan juga menghubungkan rakan-rakan yang jauh dan dekat. mengeratkan ukhuwah.

Jalan dakwah sebenarnya luas. tak semestinya perlu bercakap di hadapan orang ramai. Tapi melalui facebook juga boleh dijadikan salah satu medium dakwah. caranya muda. apa-apa yang kita rasa baik dan memberi manfaat kepada orang lain, kita kongsikan."share". Mungkin ramai yang akan baca hasil perkongsian kita. setiap yang membaca itu akan dapat ganjaran pahalanya kepada kita.

Tidakkah ia mudah.?? sambil-sambil berchating dapat juga kita menambahkan pahala kita. Semuanya terletak di tangan anda.. Fikirkanlah.

March 9, 2012

busy lah..

busy.. busy.. busy..
ermm.. sibuknyerr.. semakin hari semakin sibuk... semakin hari semakin tiada masa untuk menulis blog.. Owh Allah.. ampunkan lah hambaMu ini.. sibuk ku dengan urusan lain telah mengurangkan sumbanganku dalam penulisan dakwahMu. Andainya Rasulullah ada di sini.. Owh.. malunya aku.. malu. malu.. sungguh susah untuk mengikut caramu ya Rasul Allah.. Walau pun engkau sebaik-baik teladan..

Tapi.. apapun .. akan ku cuba.. akan ku cuba untuk menjadi sebahagian dari umatmu yang meneruskan perjuanganmu. diakhir zaman ini.. walaupun sangat sukar.. akan ku cuba juga..

Owh.. Rasul Allah.. Andai engkau ada sekarang.. bimbinglah daku. bimbinglah daku untuk menyampaikan dakwahmu.. hingga akhir hayatku.. Ameennnn...

meh tengok post yang lain pulak

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...