Pages

April 27, 2012

Syiriiiikkkkkk

Assalamualaikum...

Hari ini saya akan sentuh bab syirik.kenapa tiba-tiba saya nak sentuh bab syirik?? sebenarnya pai tadi ada pementasan bagi subjek BI.. Kumpulan saya melakonkan watak korporat + Bomoh +cinta terhalang dan juga hantu.. kami sengaja menggabungkan elemen-elemen yang selalu dimainkan dalam drama dan filem-filem melayu..

Mengenai bab syirik, Dalam part bomoh tu.. sememangnya kita tahu syirik itu kezaliman yang amat besar seperti dalam surah Lukman. Syirik terbahagi kepada dua. syirik besar. dan syirik kecil. syirik besar mempersekutu kan ALLAH dengan yang lain. Seperti mempercayai bomoh itu, syirik besar.. kita pergi mintak bantuan kat momoh kenapa?? Allah kan ada. Kenapa tak minta bantuan kat Allah. atau kita tak Yakin dengan Kuasa ALLAH?

Kalau lita minta bantuan kat bomoh.. Bomoh minta bantuan kat jin dan syaitan. jadinya.. kita minta bantuan kat jin dan  syaitan la.. ish.. MUSUH utama kita kita minta tolong.. Sememangnya ALLAH telah Tetapkan NERAKA bagi SYAITAN.. tetapi kita tetap nak ikut juga mereka ke neraka, kenapa??

Walau seteruk mana pun kita, jangan sesekali minta bantuan kepada syaitan!!

JANGAN!!!!
JANGAN!!!!
JANGAN!!!!

MINTA dengan ALLAH. Allah maha segala-galanya.. MAHA MEMBERI REZEKI.MAHA MELIHAT MAHA MENGETAHUI. Kenap kita masih minta kepada syaitan ?? yangs eolah-olah menempah tiket ke NERAKA>>

Ayuh sama-sama kita fikirka.. Bangunlah INSAN.. PERJUANGKAN ISLAM YANG SEBENAR!!!!!!


April 24, 2012

Kesalahfahaman

Artikel minggu ini, saya ingin kongsikan ialah kesalahfahaman akan menimbulkan persengketaan. Apabila adanya salahfaham antara kita, cepat-cepatlah betulkan. Jangan buat tindakan sendiri. selidik dulu. kalau boleh tanya.

sebab kalau ia dibiarkan, ia akan membarah dalam hati. hubungan yang terbina juga akan terpututs dengan kesalahfahaman ini, terutama suami isteri yang ada dalam dirinya sifat ketidakpercayaan kepada pasangan mereka. Begitu juga dalam institusi kekeluargaan. Sebenarnya, kesalahfahaman ini sangat bahaya. Ia boleh membawa kepada kes-kes jenayah seperti pembunuhan dan sebagainya.

kebanyakan mereka yang mempercaya satu pihak sahaja terus membuat spekulasi yang bukan-bukan.Jangan tergesa!!! selidik dulu la. kalau betul baru ambik tindakan ataupun duduk berbincang elok-elok. kalau salah.. abaikan aje khabar angin tu.. ia tidak bermanfaat langsung kepada kita.

Sekian untuk hari ini.. ASSALAMUALAIKUM.



April 22, 2012

Bergaya..

Baru-baru ni saya pergi Grand Dinner SOIS students. Biasalah dinner, mesti ada temanya.. Untuk malam itu, temanya ialah Arabian Corporate..

 Alhamdulillah, majlis berjalan lancar.. cuma yang x sedapnya.. (maaf kepada pihak penganjur) bukan makanan.. bukan tempat.. tapi, pakaian sebahagian dari peserta wanita..

Nak BERGAYA ikut tema boleh.. cuma Aurat dan syariat tetap diutamakan.. nak-nak pulak kita bawak JENAMA SOIS..

harap-harap lepas ni pihak penganjur lebih prihatin terhadap perkara-perkara sebegini, walaupun kecil.. tapi dosa tetap dosa.. dosa x boleh dikurangkan dengan alasan mengikut tema..

Tapi yang penting, saya nak ucapkan tahniah atas penganjurannya.. tahniah kerana berjaya!! tahniah.. tahniah.. tahniah!! Terima kasih kerana menjemput.. Moga rahmat Allah bersam kita..

April 20, 2012

Prihatin.

Baru-baru ni, ada majlis tahlil Di-Raja yang dibuat di Masjid Sultan Haji Ahmad Syah, Pekan Pahang. Tentang Majlis tersebut tiada apa-apa. berjalan lancar. Cuma yang ada apa-apa Pemandu bas yang buat pasal. Janji ambil dekat hostel pukul 6.30 petang. Tapi datang ambil lambat. bertolak pun lambat.

Yang buat kami semua marah. bukan sebab lambat tu. tapi sebab tak berhenti solat maghrib.!! PRIHATIN lah sikit!!! Kamu menanggung dosa-dosa kami semua yang telah meninggalkan solat maghrib ketika itu!!! SEMUA!!.. YA semua!!! bukan sikit ya!!

Bukannya kami tak suruh berhenti solat.. Tapi dirver tu kata"awak nak pegi masjid ini ke masjid kat pekan tu?? kalo masjid ni, kita pergi masjid ni saje lah.. tak payah pergi masjid kat pekan tu.."

Kami tak kisah.. Asalkan janji dengan Allah tertunai. biarlah janji dengan sultan dilepaskan.. Tapi driver tu terus jer buat muka selamba pergi ke masjid tersebut.. Walaupon kami dah kata kami nak pergi masjid yg berdekatan sahaja.

Alasannya apa?? "kalau tak pergi masjid pekan tu, siapa nak tanggungjawab.??" Kami cakap kami akan bertanggungjawab.. tapi, dia tetap jugak teruskan perjalanan.. lebih kurang 4-5 masjid tepi jalan terlepas begitu sahaja..

Nak buat jamak, tak cukup KM. Nak buat macam mana lagi??? Sekadar menghormat waktu la.. Sampai di masjid, kami terus berlari-lari untuk mengejar waktu yang bila-bila masa sahaja azan akan berkumandang.. Semasa nak angkat takbir, "Allahu Akbarullahu Akbar". Dengan rasa panas hati yang masih berbahang. kami akur.. Selepas solat isyak kami terus sembahyang kadho' Maghrib.

Sayang seribu kali sayang.... Akal yang Allah berikan.. dia tak gunakan ke arah kewarasan. baginya.. tanggungjawab dengan pihak atasan lebih \penting dari tanggungjawab dengan Allah.. Allahummaghfir lana... Ya ALLAH..

Nak katakan menyesal pun ada jugak.. menyesal pergi.. Tahlil terlepas sembahyang tinggal.. nasib baik makanan ada. Tapi kadho; dan kadar Allah telah menentukan segalanya.. Kami yang dipilihnya. Kami jugalah yang terima. Redho' ALLAH kami harapkan. keampunanNya kami pinta atas kekhilafan diri kami yang lemah ini.. Allah bukakan hati-hati kami dan mereka yang masih lagi keras dan susah mengingatiMU..

Luahan rasa amee abuhanifah.

meh tengok post yang lain pulak

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...