Pages

February 26, 2012

(C) (I) (N) (T) (A).

pertunangan bukan lesen untuk berdua-duaan.. tetap lagi hubungan anda terbatas..

ya.!!! memang dia bakal isteri.. tetapi bukan lagi isteri. masih belum dapat menyentuh kulit selagi akad nikah belum terlafaz.

ketahuilah dalam pertunangan akan dilanda bermacam-macam dugaan.. bermacam-macam cabaran. jangan diduga setiap pertunangan akan diakhiri perkahwinan.. dan jangan juga menduga pertunangan diahiri dengan perpisahan. JODOH AJAL MAUT semua Allah dah tentukan. andai benar dia jodoh kita. maka jadilah kalian sepasang suami isteri. dan jika tidak.. ketahuilah Allah punya perancangan lebih baik untuk kita.

Jangan terlalu berharap dan mengharap. bimbang nanti harapan tinggal harapan. adat manusia.. rambut sama hitam.. tapi hati lain-lain. itulah. Percaya cinta Allah. Allah bagi kita cinta sempurna. Percaya cinta manusia. bimbang diri yang merana. biarlah cinta utama membimbing kita untuk mencari cinta insan. agar dapat keredhaan dari Pencipta CINTA.

Sekian..

February 23, 2012

Dalam kelas dengan seorang lect tadi ada memberi satu kata-kata yang saya rasa boleh memberi kesan kepada kita.
 لا تسمع كلام الذي يضحكك وتسمع كلام الذي يحزنك.

maksudnya.. jangan dengar kata-kata yang membuatkan kau ketawa. dengarlah kata-kata yang membuat kau sedih.

kata kata yang membuat kita ketawa akan menbuat diri kita dilanda rasa riya' takabbur dan lupa diri. tetapi kalau kita dengar kata-kata yang membuatkan kita bersedih. InsyaAllah kita akan dapat memperbaiki diri kita dari melakukan kesilapan yang sama. Jika kita inginkan perubahan. ambik kata-kata ini sebagai peringatan. supaya kita sentiasa berwaspada di masa hadapan.
sekian..

February 21, 2012

ambik pengajaran.

Alhamdulillah.. setelah lama tak menulis, hari ini dapat saya berkongsi sesuatu. Beberapa hari yang lalu saya dan rakan-rakan telah menghadiri Kfiqh Ummah. (konvensyen fiqh ummah) di PWTC. Dewan Merdeka telah dipenuhi oleh ribuan orang. Para Asatizah (ustaz-ustaz) yang membentang kertas kerja sangat-sangat terkenal dan berpengalaman, selalu muncul di kaca televisyen dan di corong2 radio. Banyak ilmu yang kami perolehi. 

Tajuk yang dibentangkan ialah Wasatiyyah(kesederhanaan) dalam pelbagai aspek seperti wasatiyyah dalam aqidah, dakwah ,ibadah, politik dan sebagainya. antara panel yang membentangkan ialah Dr. Zaharuddin, Us Zahazan, Us Syeid Norhisyam, Us Zamri (mantop), imam muda asyraf dan ramai lagi. Perbezaan yang ketara antara konvensyen ini dengan konvensyen yang lain ialah penyediaan kertas kerja dalam bentuk buku. Hasil terbitan Telaga Biru. Untuk mengupas isu-isu yang dibentangkan sangat banyak. InsyaALLAH, kalau ada masa saya akan tulis sedikit demi sedikit tetang itu.

Cuma disini saya nak ceritakan satu pengalaman yang menyentuh hati saya. Iaitu semasa waktu rehat kami pergi makan di The Mall dihadapan PWTC. semasa sedang duduk disebuah Restoran, ada sepasang suami Isteri yang buta membeli makanan. mungkin bagi antum perkara ini biasa, namun bagi saya ia sangat menyentuh hati. kemesraan mereka walaupun  buta tetapi mereka tidak perlu orang lain untuk menunjuk arah. mereka mengguna kan tongkat. dan yang paling baik teladan boleh diambil ialah mereka tidak membuang sampah merata-rata. mereka menyimpan sampah dalam kocek beg mereka.berbeza bagi manusia yang celik matanya, tapi seolah-olah mereka pula yang buta tak nampak tong sampah. manusia-masnusia. Inilah realiti. semoga kita dapat ambik pengajaran daripada ini dan semoga Allah curahkan rahamat kepada  pasangan orang buta tersebut. InsyaAllah.. Ameeen...

meh tengok post yang lain pulak

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...