Pages

April 20, 2012

Prihatin.

Baru-baru ni, ada majlis tahlil Di-Raja yang dibuat di Masjid Sultan Haji Ahmad Syah, Pekan Pahang. Tentang Majlis tersebut tiada apa-apa. berjalan lancar. Cuma yang ada apa-apa Pemandu bas yang buat pasal. Janji ambil dekat hostel pukul 6.30 petang. Tapi datang ambil lambat. bertolak pun lambat.

Yang buat kami semua marah. bukan sebab lambat tu. tapi sebab tak berhenti solat maghrib.!! PRIHATIN lah sikit!!! Kamu menanggung dosa-dosa kami semua yang telah meninggalkan solat maghrib ketika itu!!! SEMUA!!.. YA semua!!! bukan sikit ya!!

Bukannya kami tak suruh berhenti solat.. Tapi dirver tu kata"awak nak pegi masjid ini ke masjid kat pekan tu?? kalo masjid ni, kita pergi masjid ni saje lah.. tak payah pergi masjid kat pekan tu.."

Kami tak kisah.. Asalkan janji dengan Allah tertunai. biarlah janji dengan sultan dilepaskan.. Tapi driver tu terus jer buat muka selamba pergi ke masjid tersebut.. Walaupon kami dah kata kami nak pergi masjid yg berdekatan sahaja.

Alasannya apa?? "kalau tak pergi masjid pekan tu, siapa nak tanggungjawab.??" Kami cakap kami akan bertanggungjawab.. tapi, dia tetap jugak teruskan perjalanan.. lebih kurang 4-5 masjid tepi jalan terlepas begitu sahaja..

Nak buat jamak, tak cukup KM. Nak buat macam mana lagi??? Sekadar menghormat waktu la.. Sampai di masjid, kami terus berlari-lari untuk mengejar waktu yang bila-bila masa sahaja azan akan berkumandang.. Semasa nak angkat takbir, "Allahu Akbarullahu Akbar". Dengan rasa panas hati yang masih berbahang. kami akur.. Selepas solat isyak kami terus sembahyang kadho' Maghrib.

Sayang seribu kali sayang.... Akal yang Allah berikan.. dia tak gunakan ke arah kewarasan. baginya.. tanggungjawab dengan pihak atasan lebih \penting dari tanggungjawab dengan Allah.. Allahummaghfir lana... Ya ALLAH..

Nak katakan menyesal pun ada jugak.. menyesal pergi.. Tahlil terlepas sembahyang tinggal.. nasib baik makanan ada. Tapi kadho; dan kadar Allah telah menentukan segalanya.. Kami yang dipilihnya. Kami jugalah yang terima. Redho' ALLAH kami harapkan. keampunanNya kami pinta atas kekhilafan diri kami yang lemah ini.. Allah bukakan hati-hati kami dan mereka yang masih lagi keras dan susah mengingatiMU..

Luahan rasa amee abuhanifah.

meh tengok post yang lain pulak

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...