Pages

April 27, 2013

Sekelip mata, hilang pahala.

Bismillah..

Setelah lama biarkan bersawang akhirnya berjaya juga hari ni share sesuatu.

Ibadah atau amalan harian. Secara jujurnya, saya tak suka ditanya atau menanya tentang ibadah atau amalan harian seseorang. Contoh, hari ni dah selawat ke belom?? Atau hari ni dah solat dhuha dah? Dan sebagainya.

Sekiranya soalan ini ditanya, kita rasa ( bukan kita lah saya sendiri rasa) serba salah nak jawab. Kalau jawab dah takut jadi riya' atau niat mudah berubah. Kalau jawab belum takut dosa menipu. (Dalam konteks ibadah atau amalan tadi kita dah laksanakan)

Sebab ikhlas ni ada tiga peringkat. Sebelum, sedang dan selepas. Biasa orang sangkut kat selepas. Sebelum dan sedang dah ikhlas tapi bila dah buat sesuatu amalan atau ibadah tu. Berlaku situasi macam saya sebutkan kat atas tadi. Jadi mungkin secara tak langsung akan menggugurkan pahala ibadah atau amalan tersebut.

Kerana sebanyak mana kita buat pahala kalau tak ikhlas kerana Allah. Jangan haraplah pahala. Contoh mudah sedekah. Keluar masjid kita dah ikhlas sedekah kat tabung @makcik2 dan sebagainya. Tapi dalam perjalanan balik, singgah kedai. Tengok2 duit tak cukup. Pastu cakap. Ala tadi dah sedekah kat makcik tadi. Zapppp.. hilang pahala sedekah. Duit habis. Barang tak dapat. Pahala pun hilang. 3 kerugian dengan hanya satu kesilapan.

Zupzupzup.. jauh melalut ke lain. Kita balik semula kat yang asal tadi. Kalau soalan-soalan itu diganti dengan mengingati dan umum lagi baik. Contoh, post sesuatu kt fb atau wassapp member tulis kelebihan solat dhuha, senaraikan secara ringkas. Atau,  cara melakukan solat witir. Postkan. Atau tanya secara umum dngan tujuan mengingati dan niat tak mahu respon dari pembaca atau pendengar. Contoh. Hari ni dah selawat ke belum??

Secara tak langsung dapat pahala dakwah dan tidak menyerbasalahkan orang tersebut. (Haha, kalau cikgu bm saya tahu saya guna ayat macam ni, mesti dia marah. Ada ke perkataan menyerbasalahkan?? haha)

Semakin lama semakin lari dari tajuk. Apa-apa pun ibadah yg ikhlas adalah ibadah yg terbaik.
Sekian.

meh tengok post yang lain pulak

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...