Pages

December 15, 2012

Kisahku.

Tersenyum sendiri mengingat kenangan2 lalu.. Mula di saat2 tadika dulu.. masuk darjah satu.. kenangan dengan rakan2 sekolah rendah.. masa zaman kanak2 yg hidup di kampung.. aktiviti main2 permainan-permainan yang sekarang hampir lupus ditelan zaman.. diganti degn permainan elektronik.. yang membuatkan kanak2 zaman sekarang kurang aktif.. 

masa bersilih ganti... bermulalah era remaja apabila masuk ke sekolah menengah.. kenangan di sekolah agama Al-khairiah tak cukup 100 muka surat untuk menceritakannya.. pelbagai kenangan dicalit suka dan duka dikongsi bersama rakan seperjuangan.. pelbagai perkara baru yang didapati dalam menempuh era remaja yang penuh cabaran dan pengaruh.. melihat perubahan diri dan rakan seperjuangan .. yang membentuk diri sekarang.. 

Namun, perubahan sebenar apabila selepas alam persekolahan.. disini mereka memilih haluan masing2.. ada yang sambung belajar.. ada yang bekerja.. ada yang menganggur.. saya?? niat asal menyambung bidang agama (STAM) di kulliah lughah waddin terhenti sekerat jalan.. namun 5 bulan di sana memang mewujudkan detik2 dan kenangan2 tersendiri.. dan disini juga bermula kehidupan berjauhan dari keluarga.. di sini bnyak perkara baru, rakan2 baru dan pengalaman baru.. 

Siapalah kita nak menolak ketentuan Allah.. berat hati meninggalkan kuliah, selepas memilih untuk melanjutkan pengajian ke bidang Syariah Ekonomi dan perbankan Islam program berkembar Kolej IKIP_Universiti Yarmouk. Keputusan dibuat sehari sebelum tarikh daftar untuk kurusus Bahasa Arab persedian Ke Timur tengah...setelah beristikhoroh dan menerima pandangan keluarga dan rakan2.. Malam tersebut terus balik kuliah kemas barang dan keesokkannya mendaftarkan diri.. 

Larilah kehidupan ku dari alam persekolahan beralih ke alam prauniversiti. Kursus Intensif Bahasa Arab (KIBA) dilakukan di Cherating Bay Resort, Kuantan, selama 4 bulan.. Di sini ramai kenalan baru dari seluruh negara yang akan melanjutkan pengajian ke Timur Tengah. Dan disini juga pelbagai memori yang tercatit indah telah dilakar bersama rakan2.. Di sini juga perubahan dan transformasi diri dalam pertuturan Bahasa Arab. Keberanian bersuara di khalayak.. Kekretifan mencari idea lakonan. Semangat berkumpulan dan sebagainya. Di sinilah permulaan yang mana 10 tahun akan datang mereka2 yang balik ke malaysia adalah seorang doktor, ustaz, pegawai2 bank, pengarah syarikat, pensyarah, pendidik, penceramah, penasihat syariah, peguam dan sebagainya. InsyaAllah.. 

Habis Kursus bahasa, tempat saya adalah di Kolej IKIP. Disini ukhuwah bersama rakan2 di Kiba yang mengikuti perogram berkembar IKIP-Yarmouk dilanjutkan.. disamping kenalan2 baru bertambah.. Di sini perubahan  ke alam yang lebih matang. Di dini kami belajar mengenal dunia IPT yang sebenar... kami didedahkan dengan menyertai program samaada taraf mahasiswa mahupun taraf antarabangsa. Kami dilatih membuat program2 sama ada kecil ataupun besar. Keberuntungannya ialah kami merasai pengalaman belajar di IPT di Malaysia. dan dapat pengalaman belajar diluar negara.

Selepas 2 tahu pengajian di IKIP, bermulalah kehidupan kami di negara orang. bermulalah kehidupanku berjauhan dengan keluarga.. di sini rakan2 menjadi keluarga. susah senang suka duka kami bersama. Ukhuwah yang dulu terbina di KIBA terjalin erat dan berharap akan kekal erat selama2nya InsyaAllah.. Pelbagai pengalaman baru.. yang didapati di sini. Suasana baru. dan yang akan di lalui selama keberadaan kami di sini.. akan dicatat 1001 pengalaman yang akan dibekalkan untuk masa hadapan. Sekiranya Umur panjang. 

Inilah cerita Pengalananku.. Inilah kisahku. Inilah hidupku. Setiap yang berikut akan kucatit indah dalam memori hidupku.. 

~tetibe je nak citer pngalaman.. hehe..

meh tengok post yang lain pulak

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...