Pages

November 28, 2011

Sam'ieyattt (السمعيات)

Dalam ceramah Awal Muharam pagi tadi, saya tertarik dengan perumpamaan tentang Samieyatt yang dibawakan Ust Hamdan Yusi Yusoff,(JAIP). Analogi yang saya rasa cukup jelas bagi menerangkan perkara Samieyat bagi golongan yang tidak percaya tentang kewujudan Samieyat..

Sebelum itu, biar saya paste kan maksud samieyat itu sendiri yang di copy dari blog ustazah Azimah.

Pengertian Sam’iyat ialah perkara yang tidak dapat digambarkan dengan pancaindera manusia dan hanya dapat diketahui melalui al-quran dan al-hadis.
Dalil kewajipan beriman dengan perkara sam’iyat seperti firman Allah yang bermaksud:
” (Orang yang bertaqwa) ialah orang yang beriman dengan perkara-perkara ghaib” - surah al baqarah

Contoh2 perkara sam’iyat:
1. Alam Barzah - alam kubur
2. Soalan kubur - soalan yang ditanya oleh malaikat munkar dan nakir
3. Nikmat kubur : nikmat kepada orang yang mentaati perintah Allah
4. Azab kubur : siksaan kepada orang yang banyak melakukan dosa
5. Mahsyar : tempat berkumpul selepas dibangkitkan semula
6. Mizan : Alat timbangan amalan
7. Sirat : titian yang merentangi neraka untuk memasuki ke syurga
8. Syurga : tempat ganjaran bagi orang yang mentaati perintah Allah
9. Neraka : tempat siksaan bagi orang yang melanggar perintah Allah
Berdasarkan penerangan us tadi,kita tahu apa yang dimaksudkan dengan Samieyat atau perkara-perkara ghaib.
Tetapi, bagaimana kita ingin menerangkan kepada orang yang tidak percaya tentang kewujudan perkara samieyat ini???
Dengan analogi yang Us Hamdan bawakan dalam ceramahnya pagi tadi saya rasa ia sudah cukup untuk menjawab persoalan tersebut.
Analoginya ialah. dengan cerita tentang ikan.
Satu hari ibu ikan dan anak-anaknya sedang berenang-renang di dalam air. Tiba-tiba mereka terjumpa seekor cacing. Ibu ikan berhenti dan berpaling kepada anak-anaknya seraya berkata: 
Ini cacing. dalam cacing ini ada mata kail.yang disambung dengan tali tangsi terus kepada joran yang dipegang oleh manusia. Jangan makan cacing ini!! kalau kamu makan kamu akan disentak oleh manusia dan disiang kamu dengan pisau, dan dikelar halus-halus. Kemudian digoreng dalam kuali yang didalamnya ada minyak panas. dibawahnya ada api. lalu kamu diangkat dan di tuskan. kemudian dihidangkan kepada manusia, dicubit-cubit dan dimakan oleh mereka. tulang-tulang kamu akan dimakan oleh semut-semut. dan dibuang merata-rata.
setelah diberi penerangan, maka dengarlah anak-anak ikan tersebut. maka setelah mencari-cari di dalam air tentang perkara yang disebutkan oleh ibu mereka. mereka dapati mereke tidak menjumpai kuali,manusia, api dan sebagainya. lalu ada antara mereka memakan cacing tersebut kerana mereka tidak percaya tentang apa yang di sebut ibu mereka. setelah disentak, maka baru anak ikan tu tahu bahawa apa yang di sebut oleh ibu mereka. 
Dengan perkongsian yang sedikit ini, InsyaAllah ia bermanfaat kepada kita . SEKIAN.

meh tengok post yang lain pulak

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...