Di akhir zaman ini memang kita selalu leka. Leka dengan kehidupan dunia. Dunia yang banyak godaan. bukan sahaja godaan dari syaitan, tetapi juga godaan dari pengaruh barat. Godaan yang secara diam masuk ke dalam pasaran umat Islam. Tujuan nya SATU. Iaitu ingin melalaikan Umat Islam dengan kehidupa Dunia daripada beribadah, beristighfar mengingati Allah.

Jadi kita sebagai umat Islam yang ada kesedaran ini, cuba kita tangkis sedikit demi sedikit untuk menguatkan hati kita seperti hati-hati orang islam di zaman rasulullah. . salah satu caranya ialah dengan beristighfar.. ASTAGHFIRULLAH ... ASTAGHFIRULLAHH... ASTAGHFIRULLAH...
Saya menulis artikel ini adalah untuk memperingati DIRI saya sendiri dan juga sahabat yang membaca.. Moga Redha ALLAH bersama dengan orang-orang yang ingin menuju ke jalannya.