Pages

November 16, 2011

SENYUM ITU SEDEKAH..

senyum. 
tak perlu kata apa-apa
senyum.
tak perlu kata apa-apa

semasa terdengar bait-bait lagu ni. teringat pulak muka pak cik yang masam mencuka itu. 
kenapa?? kenapa?? kenapa susah sangat nak senyum?? susah sangat ker?? 
rasa malu tak bila kita senyum kat dia, tapi dia boleh wat 'don't know' kat kita. 
kadang-kadang malas jugak nak senyum kat orang, tapi memandangkan ia banyak memberikan kelebihan yang positif, 
saya tetap juga menebalkan muka untuk mengukir senyuman walaupun tidak dibalas. 

biarlah dia nak kata apa pun. yang penting kita dapat ganjarannya. senyum itu sedekah. nak sedekah harta, kita tiada harta, nak sedekah wang ringgit, masih belum mempunyai pendapatan sendiri, 
jadi apa salahnya kalau kita sedekahkan senyuman. 
dapat juga menambahkan pahala kita. walaupun ia nampak kecil, tapi sedikit sebanyak ia membantu memberatkan timbangan mizan kita kat akhirat kelak.

Jadi, saya harap selepas ini banyak-banyakanlah senyum. tapi ingat bagi yang perempuan hati-hati dalam memberikan senyuman anda itu. kerana senyuman wanita itu banyak tafsiranya di mata lelaki. berilah senyuman anda kepada yang berhak sahaja.

Bagi lelaki pula, senyumlah anda kepada sesiapa yang anda jumpa. kerana senyuman anda itu bermakna. Jangan risau kalau senyuman anda tidak terbalas kerana dari reaksi orang yang kita senyum itu kita boleh mengenal dirinya serba sedikit. macam mana?? 

kalau dia membalas senyuman kita, maka kemungkinan besar dia seorang yang peramah. kalau dia masam sahaja, mood untuk tegur dia hilang. nampak sangat dia tidak suka kita bercakap dengan dia. 

namun jangan terlalu cepat menilai, kerani ini hanya persepsi awal. banyak juga kemungkinan dia tidak mahu senyum. mungkin ada masalah besar yang dia fikirkan, mungkin juga dia sedang melayan angan -angan atau khayalan sampai tidak perasan apa yang berlaku di sekitarnya walaupun hakikatnya matanya terbuka. atau banyak lagi kemungkinan lain.

oleh itu, dalam apa-apa hal pun mestilah banyakkan senyuman terutamanya peniaga dan perkhidmatan pelanggan. senyuman anda amat penting untuk pengguna atau pelanggan anda.  SENYUM... 





kalau nak tahu kelebihan-kelebihan orang yang senyum ni, boleh la tanyak kat pak cik google.. 

meh tengok post yang lain pulak

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...