MALANG memang tidak berbau. Semuanya kuasa ALLAH di luar pengetahuan manusia. Apabila ALLAH katakan KUN FAYAKUN. Maka jadilah. Tiada daya kita untuk mengubahnya. Tiada apa yang perlu disesalkan. Semua yang ALLAH tentukan ada hikmahnya.. Mungkin selepas kemalangan S akan berubah daripada yang buruk menjadi baik. Dan yang baik menjadi lebih baik. Atau juga mungkin Allah ingin memberi kesedaran kepada kita supaya berhati-hati. Atau mungkin ada hikmah-hikmah lain yang tersembunyi yang kita tidak nampak sekarang dan Allah akan tunjukkan apabila tiba masanya nanti.
Cukup sayu rasanya apabila melawat S kali pertama sehari selepas kejadian. S terbujur kaku diatas katil ditemani wayar-wayar . Badan yang calar-balar. wajahnya tidak kelihatan seperti wajahnya yang asli. Berat mata yang meratap.. Berat lagi ratapan yang dirasai keluarganya.
Pada hari-hari berikutnya, Alhamdulillah kondisi S semakin baik berbanding sebelumnya. Sekarang S tidak perlukan mesin lagi untuk bernafas. S ditebuk di lehernya untuk bernafas dengan sendiri. Doktor telah mngurangkan ubat tidur. S sudah boleh buka mata. Namun S tidaklah dapat bersuara mahupun berfikir. Kata nurse, kalau kita melawat dia . Dia akan pandang kita tetapi dia tidak kenal. Sekadar pandang kosong.

Wallahu aklam..