Pages

January 29, 2012

tut000000000p..!!!!

tutup apa? haha.. post kali ini saya nak menekankan tentang tutup aurat.    memang...     memang dah biasa kita dengar benda ni. tapi saya tetap nak tulis benda ni. sebab saya lihat di luar sana, walau ditegur banyak mana, mereka tetap TIDAK menutup aurat. sama ada mereka tahu atau buat-buat tidak tahu. saya tak pasti.
Tetapi realitinya mereka tetap tidak, tidak dan tidak tutup aurat.


Jadi post ini saya nak tulis tentang cerita yang saya baca kat facebook baru-baru ini. http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=315201738531467&id=100001249293460....
ni sedikit petikan dari cerita tu..
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::________
Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,


"Ustaz...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, saya telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah saya buat selama ini.


"Betul ke puan?" tanya saya, terkejut.


"Betul Ustaz. Semasa koma itu saya telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada saya. Balasan azab Ustaz, bukan balasan syurga.


Saya rasa seperti diazab di neraka. Saya ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut saya ditarik dengan bara api.


Sakitnya tak boleh nak saya ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit saya minta ampun minta maaf kepada Allah."


"Bukan itu saja, buah dada saya pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka.


Buah dada saya rentung terbakar, panasnya bukan main. Saya menjerit, menangis kesakitan. Saya masukkan tangan ke dalam api itu dan saya ambil buah dada tu balik."


Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.


Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari........


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

berdasarkan cerita perempuan diatas, dia mengatakan dia tidak pernah memakai tudung. jadi ini lah balasannya kepada mereka. cuba kita bayangkan. satu helai rambut itu aurat. satu dosa. darabkan dengan sepuluh orang yanng melihatnya. dah sepuluh dosa. darab dengan jumlah rambut yang ada kat kepala kita.. Berapa jumlahnya?? tak terkira kan.. itu baru sepuluh orang. yang selama ini, sudah berapa orang yang tengok rambut anda?? fuhh.. Allah sahaja yang tahu..

begitulah realitinya.. selepas saya menulis post ini, tak juga insaf. jadi macam mana nak buat?? sendiri mau fikirlah.. saya dah tegur yang sepatutnya.. semuanya ada pada tangan anda. sama ada hendak berubah @ kekal dengan increase dosa setiap masa. 

benarlah hadis Rasulullah SAW. (SOHIH bukhori dan muslim)

“Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah golongan wanita.”
Jadi, cuba lakukan transformasi diri anda Hari ini. Jangan tunggu lagi. kerana hari kematian tidak akan menunggu tidak juga memberitahu bila dia tiba. Tutup aurat kamu sebelum aurat kamu ditutupkan. masa itu nak beli tudung yang harga beribu-ribu pun dah tak berguna. 
Islam itu mudah. dia tidak memaksa anda memakai tudung. tetapi dia menyuruh anda menutup aurat. terserah lah kepada anda nak pakai apa pun tudung saji ker, tudung periuk ker.. janji tutup aurat.. Islam itu mudah. tak perlulah kita nak sukarkannya.. 










sekian.. 



meh tengok post yang lain pulak

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...