Pages

May 2, 2012

Egokah aku??

Assalamualaikum..

Salah seorang pensyarah baru-baru ini ada berkongsi satu perkara yang saya rasa sangat berharga. untuk jadikan pedoman diri kita.

Apa dia??

ha... Macam mana nak tahu diri kita ini ego atau sombong???


1- apabila dia tahu kebenaran, dia enggan terima kebenaran tersebut.
2- dia rasa diri dia lebih dari orang lain.

Kadang-kadang kita tak perasan yang rupa-rupanya diri kita ni. sombong, ego, bongkak, takabbur dan sifat yang sekutu dengannya. Jadi dengan cara di atas kita dapat mengenal pasti diri kita yang sebenar. Kalau kita tergolong dalam kalangan itu. cepat-cepat la berubah.. jauhkan sifat tersebut dari kita sejauh-jauhnya..

Orang yang sombong ni sebenarnya bodoh. apa yang dia hendak disombongkan?? ilmu yang dia ada lebih dari  orang lain?? TAKKKK>> Ilmu kita ini sebenarnya umpama setitis air di lautan. Sedar tak kita?? Kalau ilmu kita lebih kenapa setiap kali ujian atau peperiksaan ada soklan yang salah??

Sombong dengan harta yang dia ada???
TAKKK>>> Harta kita itu hanya singgah sebentar kepada kita. Ianya akan jadi milik orang lain.. Sedarlah.

Sombong dengan pangkat yang dia ada???
TAKKKK>>>Apa sangat pangkat kita nak disombongkan. setakat ceo syarikat, tak payahlah?? pernah kita ke masjid?? CEO syarikatkah yang berkhutbah atas mimbar??

Sudahlah.. mari kita renung kembali.. Semua yang ada semuanya pinjaman dari ALLAh untuk kita. Kita datang dengan tangan kosong dan akan kembali hanya dengan balutan kain kafan. Itu sahaja.. kalau bekalan amal kita tidak cari di dunia ini, Jangan harap kita boleh SELAMAT di akhirat kelak kecuali dengan rahmat ALLAH!!..

Maaf atas kekhilafan.. ASSALAMUALAIKUM>>>



meh tengok post yang lain pulak

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...