Pages

May 1, 2012

setulus kasih

Baru-baru ini kami pergi ke rumah untuk anak-anak sindrom down. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Saya sangat bersyukur kerana saya antara orang-orang yang ALLAH pilih untuk bersama mereka walaupun sebentar.

Semasa kami sampai, kami disambut baik oleh penjaga-penjaga rumah tersebut. Kami dijemput masuk. Pada jam pertama kami hanya memerhati gelagat mereka yang sememangnya berbeza antara satu sama lain. Setiap pagi mereka akan melakukan riadah. memusingkan badan dan sebagainya.

Pada mulanya kami agak takut untuk menghampiri mereka, kerana apabila melihat mereka badan besar dan ada yang umur yang lebih tua dari kami. Tetapi,,,, apabila kami cuba merapati mereka, rupa-rupanya meraka sangat sporting. cuma kita perlu melayan sahaja apa yang mereka cakap.

Dari pagi sampai tengahari, macam-macam game dan aktiviti yang dijalankan. kami sangat gembira kerana melihat mereka gembira. Merka bergelak ketawa riang gembira.

Bermulalah ukhuwah kami dengan mereka pada pagi itu. Saya harap ukhuwah kami akan berkekalan hingga ke akhir hayat setulus kasih mereka untuk kami, begitu juga kasih kami kepada mereka.

Semalam saya dapat panggilan daripada salah seorang disana, dia kata, kenapa hari ini abang tak datang?? seronok semalam bila abang datang!!

InsyaAllah, nanti kami datang lagi.!!!

meh tengok post yang lain pulak

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...