Andai diri ini tidak dijaga. Sanggup biarkan SYAITAN meracuni fikiran kita. Sanggup membenarkan Nafsu mengawal diri. Terus membawa diri terjebak ke gerbang maksiat. membina tapak di NERAKA. Sedikit demi Sedikit memadam NAMA di Syurga. Terus dan Terus LALAI dengan kenikmatan yang sementara.
Jalan yang benar ada, tapi yang bengkok dipilih. Nama sahaja MUSLIM. Nama Sahaja Orang yang tahu AGAMA. Tapi sebenarnya IA lebih TERUK daripada Orang yang tidak tahu agama. Dosanya Lebih BESAR berbanding mereka.
Andai diri ini mampu mengubah, mengubah segalanya, yang BURUK kepada BAIK. Yang KOTOR kepada BERSIH. Yang BENGKOK kepada LURUS. Alangkah baiknya. Alangkah Murninya, Alangkah Indahnya.

Namun kekesalan hanya akan mengiringi dengan balasan. balasan TUHAN sama seperti JANJINYA. Janji yang dicatatkan didalam Alquran. Disampaikan oleh RASUL pilihan. Untuk memberi peringatan. Namun kita yang tak beri penghayatan.


HATI kita. HATI kita. HATI kita yang perlu dijaga. TANYA hati. SUDAHKAH BERSEDIA untuk BERUBAH???? JAWAPAN hanya ada dalam HATI anda. SAYA hanya mampu menasihat. Disamping memperbaiki kesilapan diri. Saya catatkan untuk RAKAN-RAKAN dan TAULAN. Terutama yang berhampiran dengan saya. Biar mulut tak berkata. namun tangan menyampaikan dengan penuh TERUJA. TERUJA ingin melihat perubahan. perubahna ke arah kebaikan.
SEKIAN. SALAH n SILAP harap DiMAAF.