Pages

September 25, 2011

sayangkah kita kepada NABI kita????

tajuk yang biasa di dengar tapi apa pengisiannya??
sayangkah kita dengan nabi kita sebagaimana sayangnya sahabat terhadapnya.

Saidina Abu Bakar sanggup dipatuk ular ketika di dalam gua bersama nabi. tangan saidina Abu bakar menutup lubang yang di dalamnya ada ular semasa nabi sedang tidur takut ular tersebut mematuk nabi. sayangnya SAIDINA ABU BAKAR kepada NABI MUHAMMAD SAW.

Saidatina Aisyah sanggup tidur di makam baginda selama 12 tahun kerana sayangnya SAIDATINA AISYAH kepada NABI MUHAMMAD SAW.

Saidina Bilal  terpaksa pindah dari Madinah ke syam selepas kewafatan Nabi SAW kerana terkenangkan Nabi SAW setiap kali ketika Azan. ketika di madinah Saidina bilal bermimpikan Rasulullah yang mengatakan"tidakkah engkau rindu padaku??"  maka saidina bilal pulang ke madinah. sampai di madinah Saidina abu bakar menyuruhnya melaungkan azan tetapi ditolaknya, begitu juga saidina umar. sehinggalah cucu nabi SAW, Hassan dan Husin yang menyuruhnya azan, barulah terbuka hatinya untuk melaungkan azan kerana tidak mahu mlukai hati cucu orang yang paling disayangnya. namun sampai kepada menyebut nama baginda sangat sukar terlafaz. luruh hatinya tidak terkira. apabila mendengar laungan azan penduduk madinah mengatakan RASULULLAH telah kembali. lantas mereka memenuhi masjid. namun saidina bilal meminta izin untuk berpindah kerana tidak tertahan dengan perasaan ketika bersama rasulullah dahulu. begitu sayangnya SAIDIANA BILAL kepada NABI MUHAMMAD SAW.

Imam MALIK ketika mengajar baginda digigit oleh 7 ekor kala jengking namun tidak dihindarinya kerana malu dengan kubur baginda sehinggalah dia keluar. begitu juga ketika di madinah, beliau tidak pernah memakai selipar kerana malu dibawahnya ada jasad orang yang disayanginya.begitulah sayangnya IMAM MALIK kepada NABI MUHAMMAD SAW.

bagaimana pula dengan kita. adakah sayang kita seperti mereka atau sebaliknya. sama-sama kita muhasabah balik di samping mengingatkan terlebih dahulu ana mengngati diri ini sendiri yang banyak kekhilafan.

meh tengok post yang lain pulak

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...