Pages

September 19, 2011

muflis di akhirat



MUFLIS????? tajuknya seram nak dengar tetapi itulah hakikatnya. nak cerita lanjut mari kita baca dulu hadis ni.. 


Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Para sahabat menjawab: Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun hartabenda”. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat, orang yang di zalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Alllah SWT akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah SWT campakkan dia ke dalam neraka.”(Riwayat Muslim).


melihat kepada hadis di atas, tahulah kita bahawa kalau di dunia ni kita banyak buat amal sekali pun tetapi dosa kita dengan manusia lagi banyak dari amal kita maka NERAKALAH tempat yang elok bagi kita. nauzubillahmin zalik..


semasa didunia solat kita tak pernah tinggal. puasa wajib dan sunat. beri zakat setiap bulan.. tetapi,,, kalau kita banyak dosa dengan manusia maka amal kita jadi bayaran untuk mangsa-mangsa kita kat akhirat kelak.. kalau tak cukup pahala kita itu nak bayar macam mana??? boleh hutang ker??


sorry la beb.. mana boleh hutang.. kita kena tanggung dosa-dosa mereka mengikut kadarnya.. fuhhhh.. sudahlah pahala habis.. kena pulak tanggung dosa orang lain.. 


tapi macam mana dengan ayat al-quran yang mengatakan kita tidak akan menanggung dosa orang lain??  sebenarnya kita bukan menanggung dosa orang lain tetapi kita menanggung dosa atas perbuatan kita sendiri semasa di dunia..


oleh itu.. sementara kita masih lagi diberikan peluang untuk bernafas ini.. banyak2 lah bertaubat bukan ber tau buat jerr.. yang ada dosa dengan orang itu cepat2 mintak maaf... selagi ada nyawa di badan cepat selesaikan di dunia.. dosa dengan manusia kita mesti selesaikan dulu dengan manusia.. kalau dosa dengan ALLAH boleh terus direct mohon ampun dengan ALLAH.. amal iabadat kita pun bukan lah banyak sangat, kena pulak bayar kat orang pahala kita .. fuhhh.. nak ambik kesempatan kat sini saya nak mintak maaf bebanyak kat sesiapa yang baca artikel nie, kalau ada salah dan silap antara kita semua. 

meh tengok post yang lain pulak

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...