Di suatu subuh yang dingin,
suhu yang mendamaikan,
angin bertarung hebat berlumba-lumba sesama mereka.
Pokok melambai- lambai meraikan penjalan kaki seperti aku.
Mentari yang mengintai-intai menunggu masa untuk bangkit.
Bulan yang menemani suasana malam beransur pergi.
Awan berlegar-legar diruang udara menjadi tempat matahatari
menyembunyikan separuh jasadnya.
Namun,
walaupun alam menggambarkan keindahan paginya.
Walaupun angin, pokok, mentari, bulan dan awan
memainkan watak mereka dengan sempurna.
Dan walaupun hujan, kilat dan petir tidak datang menyerang,
semua itu tidak langsung memberi kesan di Syari’ Jamiah.
Kenapa?
Sampah seakan-akan bernyawa bebas berterbangan seperti burung.
Ada yang hinggap di pokok,
ada yang hinggap di penghadang jalan,
ada yang hinggap di dawai elektrik,
Tak kurang juga di badan manusia yang sedang fokus berjalan
untuk beredar dari kawasan tersebut.
sungguh riang sekali mereka,
bermain-main dijalanan orang,
berkejar-kejaran kesana kemari.
namun kehadiran mereka bukanlah disukai manusia.
dipandang jijik oleh sebahagian manusia.
Walau asalnya mereka yang mencipta.
namun kesedaran tiada hadirnya.
Sampah yang masih lena ditepi-tepi jalan,
mungkin belum dikejutkan angin,
sempat ditangkap oleh hamba-hamba Allah yang mulia,
yang mencari rezeki di kala fajar tiba lagi.
Lalu dikurungnya sampah-sampah tersebut
di dalam tong sampah besar,
yang mana sampah-sampah yang dikumpulkan di dalamnya,
akan di ambil oleh lori pengangkut sampah,
dan membawa mereka ke kediaman mereka yang sepatutnya,
dikumpulkan bersama rakan-rakan lainnya,
yang jauh dari mata manusia,
supaya tiada mengherdik, memerli dan menghina mereka.
Di mana kesedaran umat manusia?
Melepaskan sampah merata-rata.
Membiarkan sampah berkeliaran liar.
Apakah guna sangkar-sangkar sampah yang disediakan?
Sekadar hiasan tanpa tarikan.
Tidak dipandang walau jelingan sekalipun,
yang sentiasa menanti disuapkan sampah ke dalamnya.
Bersabarlah.
Keangkuhan manusia memang diduga,
Dek kerana diciptakannya sebaik-baik kejadian.
Sempurna sifat dan akalnya.
Tetapi tidak di hatinya.
Hati yang lebih kotor darimu.
Kerana kamu dan mereka,
adalah antara dua darjat yang berbeza.