Pages

December 28, 2011

alamak t0y0l !!!

Tajuk hari ini bukan lah sebenarnya t0y0l yang yang curi duit tu. tapi tOyOl dalam peperiksaan. Mungkin ada sesetengah orang tak tahu maksud toyol di sini. Maksudnya, membawa nota-nota kecil dalam peperiksaan dengan tujuan meniru.

Ish. Ish. Ish. cuba fikirkan. orang lain belajar bersungguh-sungguh, study sampai lewat malam, ada yang tak sempat nak makan, ada yang kurang tidur berusaha untuk menuju kejayaan. Tapi, ada sesetengah orang yang mengambil jalan mudah iaitu malam peperiksaan cuma tulis nota dalam kertas kecil, lepas tu bawa dalam dewan peperiksaan. macam-macam cara, ada yang letak dalam tai, ada yang letak celah kasut dan macam-macam lagi.

Berbaloikah usaha anda itu?? sebenarnya tidak.. kebanyakan yang bawa toyol ini markahnya taklah setinggi mana. tak setanding dengan orang yang betul-betul berusaha.

untuk kesan jangka panjang pula, ilmu sudah tentu tidak berkat. bukan ilmu sahaja. sekiranya sijil peperiksaan itu yang membuatkan anda untuk mendapatkan kerja. maka selamanyalah dalam gaji anda ada peratusan yang tidak berkat. 

kerana apa? kerana hasil peniruan anda dalam peperiksaan dahulu untuk mendapatkan sijil tidak berkat. maka segala apa yang anda dapat menggunakan sijil itu juga tidak berkat termasuklah kerja anda. kalau kerja tidak berkat, maka gaji pun sama.

Dari perspektif lain pula, orang yang meniru dalm peperiksaan juga akan menghadapi masalah kebiasaannya ketika di alam kedewasaan, contohnya, banyak hutang, ada masalah kewangan dan sebagainya. banyak testimoni yang didapati begitu..

Jadi anda??? fikir-fikirkanlah. 

sekian..

December 25, 2011

dedah.

Dedah sana, Dedah sini.

yer. dedah. dedah tempat yang tak sepatutnya didedah. Cantik sangat ke betis tu sampai nak tunjuk kat orang. cantik sangat ke pusat tu sampai membiarkan mata-mata melihatnya.

kesimpulannya ya. ramai yang beranggapan bahawa susuk tubuh badannya cantik, sebab tu berani nak tunjuk kepada orang. Kalau kaki berkudis, sanggup ke nak tunjuk?? Ironinya persepsi zaman sekarang sememangnya begitu. aset-aset yang dikurniakan ALLAH, digunakan bukan pada tempatnya.

maksudnya, mempamerkan aset-aset dirinya tujuan untuk dibangga-bangga.dipuji-puji. dan dipuja-puja. owh.. malangnya nasib mereka. perkara sebegini dianggap main-main. HUKUM ALLAH yang diperintahkan untuk menutup aurat tidak langsung diendahkan. pengaruh barat jadi panduan. katanya mengikut peredaran zaman. zaman yang semakin hampir ke penghujungnya.

dulunya, bajunya sempurna. kini tidak lagi. yang elok dikoyakkan, yang labuh disingkatkan. yang longgar diketatkan. yang tebal dinipiskan. lama-lama tinggal seurat benang sahaja. NAUZUBILLAH.. kaya dengan harta, tapi baju tak mampu nak beli.

Insaflah wahai taulan. selagi malaikat maut tak datang menjemput.marilah sama-sama kita menutup aurat. jangan biar diri dibakar akhirat. dek kerana diri yang tak ikut syariat.ditinggalkan Rasulullah sebagai wasiat. untuk kita dan yang mengaku umat.

Sekian,

December 24, 2011

Degilnya..

Degilnya kita.
kenapa?
perkara yang dilarang semuanya kita nak buat. perkara yang disuruh taknak pula buat.
PELIK.. PELIK..
betul ker?
betul, semakin dilarang semakin itu kita buat. kita dilarang menipu. tetapi ramai yang menipu. kita dilarang rasuah. tapi ramai yang memberi dan menerima rasuah. kita dilarang makan riba. tapi ramai yang memberi dan menerima riba. kita dilarang menfitnah. tapi ramai yang menfitnah.dilarang mengumpat, tapi ramai yang mengupat sana-mengumpat sini. dan macam-macam lagi larangan tapi kita tetap buat.

TAPI, yang disuruh tak nak pulak buat. disuruh solat. ramai yang tak solat. disuruh bayar zakat, berapa ramai yang diluar sana masih belum bayar zakat. disuruh mengaji, buka AL-QURAN pun entah pernah atau tidak. disuruh amar makruf nahi munkar. diterbalikannya amar munkar nahi makruf. disuruh hormat ibubapa. Ibu bapa bagai orang gaji dirumah bahkan ada yang lebih teruk lagi. dan macam-macam lagi suruhan yang sememangnya sukar untuk dilakukan.

Dunia sudah terbalik. mungkin kiamat semakin hampir. antara sedar atau tidak. kerana diri disibukkan dengan urusan dunia. urusan akhirat ditangguh dahulu. mungkin 'belum dapat hidayah' jadi alasan. perkara yang baik ditolak. yang batil diambil.mungkin sudah bersedia dipanggil Ilahi. dengan amal yang banyak seperti semut. dan dosa yang sedikit seperti gajah. yang bezanya tidak "ketara". ditimbang MIZAN kemuncaknya. penentu syurga atau neraka destinasi terakhir.

Sama-samalah kita mengingati sesama kita. agar yang batil mampu dicegah. yang baik diusaha bersama. SALAM.

December 16, 2011

canggihnya..

dalam majalah knowledge banyak menerangkan tentang kajian-kajian mereka tentang masa akan datang. pelbagai teknologi baharu yang akan dicipta yang akan memberi impak yang baik dan tidak baik kepada kita. antara impak yang tidak baik ialah, ia membuatkan manusia menjadi semkin malas. semua kerja mesin yang buat. manusia hanya tekan itu dan tekan ini. sekarang ini pun telah banyak kerja yang hanya menggunakan internet. bayar bil-bil, beli barang, berhubung dengan rakan , dan sebagainya. perkara-perkara seperti ini yang membuatkan manusia malas untuk keluar rumah. tekan sahaja sudah boleh dapat. ini baru tahun 2011, belum lagi 20 tahun akan datang. entah apa lagi teknologi yang memalaskan manusia. hahaha.. canggih tak?? orang-orang barat begitu pandai membuat kajian dan kajian untuk maju kehadapan. kita??? apa yang kita ada?? masih di sini dan di sini.

apa yang dapat kita gambarkan dengan kajian orang-orang barat yang canggih sekarang ni?
kecanggihan zaman sekarang.

sebenarnya, Islam lagi canggih dari mereka. percaya tak??
orang-orang barat hanya menceritakan tentang kajian masa hadapan 20 tahun , 50 tahun akan datang. TETAPI, islam telah menceritakan kejadian yang lagi jauh dari itu. ISLAM telah menceritakan tentang hari kiamat sampai ke alam kubur seterusnya ke akhirat. tetapi mereka?? masih di dunia dan dunia. tak kemana lah dunia ini.

Alquran telah lengkap yang mana menceritakan sejarah. menceritakan apa yang berlaku sekarang, dan apa yang akan berlaku. cuma kita. cuma kita umat islam yang tidak menghayati ALQURAN itu dengan betul.. Percaya tak, kalau kita mengkaji ALQURAN, kita akan lebih maju dari orang kafir?? jadi fikir-fikirkan lah..

December 12, 2011

ancaman kita??

Apakah ancaman kita sebenarnya dalam kehidupan seharian kita. terutama dalam bab agama. Sungguh kuat ancaman ini sehingga boleh membawa kita ke NERAKA.

Jadi, apakah ancaman kita???



1. MUSLIM yang dengki.
2. MUNAFIK yang benci.
3. KAFIR yang memerangi.
4. SYAITAN yang sentiasa menipudaya.
5. NAFSU yang sentiasa membisik dalam hati kita.



Lima perkara inilah yang membuatkan kita sukar untuk melakukan kebaikan dan beribadah kepada ALLAH. dan sentiasa mendorong kita untuk melakukan perkara yang maksiat dan lalai.

Perkara pertama yang perlu kita hindarkan ialah NAFSU yang membisik. Kalau kita berjaya melawan nafsu kita maka itulah jihad yang sebenar.


Sekian untuk kali ini. SELAMAT BERJUANG!!!

December 8, 2011

BerDosanya Kita!!!

Berdosanya kita,
Andai diri ini tidak dijaga. Sanggup biarkan SYAITAN meracuni fikiran kita. Sanggup membenarkan Nafsu mengawal diri. Terus membawa diri terjebak ke gerbang maksiat. membina tapak di NERAKA. Sedikit demi Sedikit memadam NAMA di Syurga. Terus dan Terus LALAI dengan kenikmatan yang sementara.

Jalan yang benar ada, tapi yang bengkok dipilih. Nama sahaja MUSLIM. Nama Sahaja Orang yang tahu AGAMA. Tapi sebenarnya IA lebih TERUK daripada Orang yang tidak tahu agama. Dosanya Lebih BESAR berbanding mereka.

Andai diri ini mampu mengubah, mengubah segalanya, yang BURUK kepada BAIK. Yang KOTOR kepada BERSIH. Yang BENGKOK kepada LURUS. Alangkah baiknya. Alangkah Murninya, Alangkah Indahnya.

Tanya pada HATI, adakah sudah bersedia untuk berubah?? atau menunggu dan terus menunggu Hidayah yang tak tahu bila. Entah2. Kubur terlebih dahulu memanggil sebelum HIDAYAH muncul. Penantian selama hidup yang tidak bermakna. Penantian yang SIA-SIA. Penantian yang akhirnya membuatkan kita rasa kesal. Kesal dan kesal. Kesal yang tak mungkin dapat kembali ke alam nyata. mencari hidayah tanpa menunggu kedatangannya.

Namun  kekesalan hanya akan mengiringi dengan balasan. balasan TUHAN sama seperti JANJINYA. Janji yang dicatatkan didalam Alquran. Disampaikan oleh RASUL pilihan. Untuk memberi peringatan. Namun kita yang tak beri penghayatan.



Apa yang nak disesalkan?? Bukankah kita yang memilih jalan?? Bukankah kita yang mahu mengikut telunjuk SYAITAN?? Bukankah kita yang membiarkan NAFSU menguasai Badan?? Ilmu agama kita tinggalkan. Pengaruh barat jadi Ikutan. Tidak peduli nasihat rakan dan taulan. hanya kepuasan yang diimpikan. kepuasan yang diimpikan. Akan lupus ditelan zaman. Dunia hanya sempadan. sempadan ke gerbang pembalasan. Syurga neraka Allah Janjikan. Diberikan kita untuk membuat pilihan. syurga atau neraka jadi Impian?? Cabaran kita di akhir zaman. masih belum terlambat memilih arah tujuan. sebelum ajal menamatkan kehidupan.

HATI kita. HATI kita. HATI kita yang perlu dijaga. TANYA hati. SUDAHKAH BERSEDIA untuk BERUBAH???? JAWAPAN hanya ada dalam HATI anda. SAYA hanya mampu menasihat. Disamping memperbaiki kesilapan diri. Saya catatkan untuk RAKAN-RAKAN dan TAULAN. Terutama yang berhampiran dengan saya. Biar mulut tak berkata. namun tangan menyampaikan dengan penuh TERUJA. TERUJA ingin melihat perubahan. perubahna ke arah kebaikan.

SEKIAN. SALAH n SILAP harap DiMAAF.

December 7, 2011

Sedekah

Beberapa hari ini Seorang Ustaz dan seorang Ustazah lepasan Yarmouk Universiti ada menyentuh tentang SEDEKAH. Dalam minggu yang sama kedua-duanya menyentuh tentang sedekah. Atas dasar itu, saya juga mahu menyentuh tentang sedekah.

Sedekah sangat digalakkan dalam Islam. dalam post terdahulu saya ada menerangkan senyum itu sedekah. Tetapi kali ini saya ingin mengupaskan tentang KESAN sedekah kepada kita.

Sememangnya kita tahu sedekah itu dapat memberi kita pahala dan akan dibalas diakhirat, tetapi hari ini saya ingin menyentuh tentang kesannya di dunia ini.

Seperti janji Allah dalam Al-Quran yang dicopy dari http://www.perfspot.com/blogs/blog.asp?BlogId=95922
 Surah Al Baqarah> Ayat 245 yang bermaksud:
Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.
dan juga :












Dan hadis Nabi SAW.


Dan banyak lagi dalil-dalil berkaitan dengan sedekah ini.(boleh tanya kat pak cik google)

Maka kesannya terhadap sesiapa yang bersedekah Allah akan tambah kepada kita. maksudnya walaupun kita bersedekah kepada orang lain barang kita, sebenarnya tidak sedikit pun berkurang. malah Allah akan tambah kepada kita.

Pembalasan Allah tak semestinya harta, wang ringgit sahaja, tetapi juga dalam bentuk mudahkan urusan. Contohnya, Allah mudahkan urusan kita dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Atau macam contoh mak cik kat sebelah ni. Dalam konteks pelajar, Allah mudahkan kita faham dan sebagainya.

Sebagai pensedekah yang ikhlas juga anda akan merasa tenang selepas anda bersedekah. Betul. hati anda akan berasa senang dengan memberikan hak anda kepada orang lain. Dalam kisah-kisah sahabat Nabi dahulu banyak menceritakan tentang kelebihan orang yang bersedekah di dunia. (boleh tanya kat pak cik google)



Kalau anda semua tak percaya, cubalah!! Pasti anda akan dapat jawapannya. Yang penting IKHLAS. kalau tak IKHLAS, Sedekah anda SIA-SIA. Sekian untuk waktu ini . Selamat Bersedekah. Ingat. HARTA tak boleh bawa ke kubur, tetapi AMAL kita.

December 6, 2011

Tawakkal

Tawakkal vs tak berakal

tawakkal kita lakukan selepas usaha dan doa. tetapi kalau kita bertawakkal tanpa usaha, itu dipanggil tak berakal.

contoh yang mudah saya bawakan di sini ialah kalau seseorang ada kereta, ditinggalnya kunci pada kereta dengan alasan tawakkal.betul ke tawakkal??? bukan ke itu tak berakal???
cuba kita fikir balik secara logik.

jadi, apa-apa yang kita lakukan selepas ini hendaklah dengan usaha. selepas usaha barulah kita bertawakkal kepada ALLAH. InsyaALLAH, kalau perkara tersebut baik, ALLAH akan tolong. YANG PENTING ingat formula DOA+USAHA+TAWAKKAL= KEJAYAAN!!!!



Sekian . Wasalam.

December 1, 2011

Tanggungjawab

Memikirkan tentang ceramah ustaz hari tu, ada disentuh tentang Tanggungjawab. Apa dia tanggungjawab??? Tanggung kat dunia, Jawab kat Akhirat. 


maksudnya. segala apa yang kita tanggung kat dunia ini, kita jawab kat akhirat. cth. Tanggungjawab kita sebagai Muslim, kita wajib sembahyang, zakat, puasa, dan sebagainya. semua itu kita lakukan di dunia. ataupun kita tanggung kat dunia. di Akhirat nanti kita akan Jawab di Hadapan ALLAH SWT.


Itu contoh yang jelas. di sini, saya ingin menekankan tentang, Tanggungjawab yang diberi. Terutamanya sebagai ketua. (tak kiralah Ketua kelas ker, ketua persatuan ker, ketua pelajar ker, hatta ketua keluarga pun. asalkan ketua) Kita bertanggungjawab terhadap ahli kita. segala perlakuan yang tidak baik ahli kita hendaklah kita tegur. Walaupun ia berat, tapi itulah tanggungjawab kita. kalau tak, JAWABlah kat Akhirat. 


Sebagaimana Sabda Nabi SAW : Setiap kamu adalah pemimpin, dan kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang kamu pimpin"



Jadi, sesiapa yang rasa dia ketua, timb. ketua, atau jawatan-jawatan lain, silalah bertanggungjawab. tanggunjawab kepada Ahli, Tanggung jawab kepada persatuan. dan tanggunjawab kepada semua.

meh tengok post yang lain pulak

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...