Pages

March 16, 2012

Mukabuku...

sememangnya tidak asing lagi dengan kita muka buku atau kata lain facebook. di mana2 sahaja orang akan bercakap tentangnya. Ada orang kata ianya baik. dan ada juga yang beranggapan sebaliknya. Anda?? apa tanggapan anda tentang facebook.?

Bagi saya ia sesuatu subjektif.. setiap orang ada pandangan masing-masing tentangnya. ada orang yang menggunakan untuk kebaikan dan ada juga yang menggunakannya untuk berhibur. dan tak lari juga ada yang menggunakan untuk kejahatan.

macam-macam.

Jadikanlah ia adalah salah satu platform untuk menyampaikan dakwah. dan juga menghubungkan rakan-rakan yang jauh dan dekat. mengeratkan ukhuwah.

Jalan dakwah sebenarnya luas. tak semestinya perlu bercakap di hadapan orang ramai. Tapi melalui facebook juga boleh dijadikan salah satu medium dakwah. caranya muda. apa-apa yang kita rasa baik dan memberi manfaat kepada orang lain, kita kongsikan."share". Mungkin ramai yang akan baca hasil perkongsian kita. setiap yang membaca itu akan dapat ganjaran pahalanya kepada kita.

Tidakkah ia mudah.?? sambil-sambil berchating dapat juga kita menambahkan pahala kita. Semuanya terletak di tangan anda.. Fikirkanlah.

meh tengok post yang lain pulak

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...